suria

HePiLI Go Digital @DELIMa bantu budayakan hidup sihat menerusi integrasi maklumat, mesej kesihatan

Pelajar menerima kit berkaitan HePiLI Go Digital @DELIMa.

SELARAS dengan kecanggihan teknologi semasa dan adaptasi sesi pembelajaran semasa wabak COVID-19, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya membangunkan satu platform pembejalaran secara Digital iaitui portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).

Atas inisiatif tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan kolaborasi dan kerjasama pintar bersama KPM dalam membangunkan landing page Pakej Promosi Kesihatan HePiLI atau dipanggil HePiLI Go Digital dalam portal DELIMa KPM.

Antara aktiviti yang dianjurkan pada Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @DELIMa.

Antara aktiviti yang dianjurkan pada Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @DELIMa.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan literasi kesihatan dengan mendidik dan memperkasa warga di institusi pendidikan secara meluas dan menyeluruh.

Di samping itu, ia turut membantu membudayakan hidup sihat dengan mengintegrasikan maklumat, bahan pendidikan kesihatan, mesej-mesej kesihatan serta aktiviti atau program secara atas talian.

Dr Norhayati berbual dengan murid ketika melawat pameran interaktif.

Dr Norhayati berbual dengan murid ketika melawat pameran interaktif.

Melalui pelancaran HePiLI Go Digital ini, diharapkan dapat membantu murid dan guru mengakses maklumat kesihatan yang betul sekali gus membudayakan cara hidup yang sihat dengan cara menerapkan maklumat yang dipelajari secara maya terus kepada diri mereka.

Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @DELIMa telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli pada 12 Oktober lalu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil, Selangor.

Dr Norhayati (dua kiri) melancarkan HePiLI Go Digital @DELIMa di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil, baru-baru ini.

Dr Norhayati (dua kiri) melancarkan HePiLI Go Digital @DELIMa di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil, baru-baru ini.

Seramai 850 jemputan yang terdiri daripada pegawai Kementerian Kesihatan dan KPM, guru besar, guru serta murid hadir pada majlis.

Selain majlis pelancaran, aktiviti yang dilaksanakan adalah reruai pameran interaktif KKM, trak Jelajah Jom Sihat dan trak Wellness on Wheels (WoW).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain