suria

Atasi keraguan, semak dulu sejarah kenderaan terpakai yang ingin dibeli dengan CTOS

Semak kereta terpakai sebelum membuat pembelian.

INGIN membeli kenderaan terpakai tetapi tidak tahu perincian penggunaan dan sejarah kemalangan, penjual pula enggan bersoal jawab.

Situasi tersebut akan membuatkan anda ragu-ragu untuk membuat pembelian meskipun syarikat pengedaran kenderaan terpakai itu 'popular'.

Namun jangan risau, menerusi perkhidmatan baharu anak syarikat CTOS Digital Berhad iaitu CTOS IDS Sdn Bhd, anda boleh menyemak sejarah kenderaan terpakai yang sedang dipertimbangkan untuk pembelian.

Perkhidmatan ini juga boleh dilakukan secara dalam talian sekali gus memberikan akses mudah kepada laporan komprehensif mengenai kenderaan bermotor terpakai atau dibaik pulih yang telah didaftarkan di Malaysia, Jepun mahupun United Kingdom.

Memanfaatkan pangkalan pelanggan CTOS yang luas, Semakan Kenderaan CTOS kini menawarkan laporan automotif yang dipercayai untuk meningkatkan keyakinan semasa membeli kereta terpakai yang boleh dipercayai.

Kerjasama digerakkan dengan OTOFACTS, biro automotif dalam talian pertama di Malaysia dengan pangkalan data yang terbesar di negara ini.

OTOFACTS juga mempunyai akses kepada rekod automotif serta pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber seperti firma lelong, syarikat insurans dan beberapa agensi kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Eric Hamburger, cabaran semasa membeli kereta terpakai ialah pembeli lazimnya mempunyai sedikit atau tiada akses untuk mengesahkan maklumat latar belakang sesbuah kereta yang diingini.

Pastikan anda tidak tertipu dengan syarikat kereta terpakai

Pastikan anda menyemak maklumat kenderaan terpakai sebelum membelinya.

"Dengan menyediakan akses mudah dan segera kepada data yang luas melalui Semakan Kenderaan CTOS, kami boleh membantu mengurangkan penipuan dan meningkatkan ketelusan dalam penjualan serta pembelian kenderaan terpakai di Malaysia, sekali gus memberikan pengguna ketenangan minda dengan laporan kereta terpakai yang boleh dipercayai," ujarnya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif OTOFACTS, Shahir Ali, semakan seumpama ini adalah satu langkah penting dalam mana-mana pembelian kereta terpakai.

Jelasnya, inisiatif yang disedikan itu juga akan membolehkan pengguna membuat keputusan berdasarkan butiran tersembunyi di sebalik kenderaan bagi menentukan nilai pasaran kereta serta memastikan penggunaan yang boleh dipercayai dan selamat selama bertahun-tahun.

Terdahulu, Persatuan Automotif Malaysia menjangkakan bahawa jualan kereta terpakai akan meningkat hampir 12 peratus pada tahun ini berbanding 428,000 unit yang dijual tahun sebelumnya.

Semakan Kenderaan CTOS ialah tawaran perkhidmatan terkini untuk pengguna dalam industri automotif berikutan pelancaran Insurans Kereta CTOS pada bulan lalu; dan CTOS terus meneroka serta menembusi segmen pasaran baharu.

Pengguna yang ingin memanfaatkan solusi sehenti ini boleh berbuat sedemikian di https://vehiclecheck.ctosids.com/.

Platform Semakan Kenderaan CTOS membolehkan pengguna menyemak maklumat berikut:

- Sejarah kemalangan

- Perbatuan kenderaan

- Kenderaan yang dilaporkan dicuri

- Sejarah pemilikan kereta

- Panggilan balik terbuka oleh mana-mana pengilang

- Hak milik sisaan (untuk menyemak sama ada kereta itu pernah diisytiharkan sebagai hapus kira)

- Rekod lelongan

- Sejarah pengaktifan beg udara (hanya untuk kereta Jepun)

- Rekod servis dan penyelenggaraan

- Pendaftaran kereta

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain