suria

Buntu jemuran tak kering, dobi pula asyik penuh... 3 jenis dryer ini dapat bantu wanita di rumah, pilih yang berbaloi ya!

Urusan mendobi akan melelahkan ketika musim hujan.

PARA isteri pastinya runsing apabila tiba musim tengkujuh, jemuran di ampaian juga tidak dapat kering sepenuhnya kerana hujan turut tidak tentu masa.

Nak kering di dobi pula terpaksa beratur panjang berikutan ramai yang mengalami masalah sama untuk mengeringkan pakaian.

Bagi yang bekerjaya, tempoh rehat semakin berkurangan kerana banyak masa dibazirkan dan semestinya melelahkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Musim hujan sudah tiba, ketahui kesan kepada kesihatan jika kerap jemur baju dalam rumah

Namun jangan risau kerana masalah ini dapat diselesaikan dengan penggunaan mesin pengering (dryer) di rumah.

Apa yang menarik, anda boleh memperolehnya pada harga mampu milik iaitu serendah RM800 sahaja.

Pun begitu, pilihlah yang bersesuaian dengan penggunaan anda ya!

Menerusi perkongsian Abdul Muiez Ruslee, terdapat tiga jenis mesin pengering pakaian.

Vented lebih murah tetapi sedikit rumit kerana perlu alirkan wap air keluar rumah.

Vented lebih murah tetapi sedikit rumit kerana perlu alirkan wap air keluar rumah.

1. Vented

Harganya murah iaitu sekitar RM800, cuma jenis ni kena letak dekat luar sebab nak alirkan wap air.

Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air itu.

2. Condenser

Harganya pula bermula RM1,200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah kerana wap air akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni.

Setiap kali lepas keringkan baju, anda kena buang air itu.

Daripada segi penggunaan elektrik pula, akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika anda gunakannya setiap hari. Masih dikira berbaloi bukan?

Heat pump dikatakan lebih berbaloi terutama dalam penggunaan elektrik.

Heat pump dikatakan lebih berbaloi terutama dalam penggunaan elektrik.

3. Heat pump

Konsepnya masih sama dengan condenser tetapi lebih power dan padu. Harganya 'kayangan' atau mahal sikit, semuanya lebih RM2,000.

Pengaliran elektrik bagi sekali penggunaan adalah 800 watt. Kalau anda guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja.

Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bak kata orang, biar beli mahal tapi jimatnya berpanjangan!

Tempoh pengeringan selama tiga jam dan boleh memerangkap habuk.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain