suria

Musim hujan sudah tiba, ketahui kesan kepada kesihatan jika kerap jemur baju dalam rumah

Kerap menjemur pakaian di dalam rumah boleh menyebabkan seseorang terkena penyakit dan memudaratkan kesihatan.

MUSIM tengkujuh telah tiba maka tahap kerisauan golongan ibu dan isteri pun mulalah meningkat.

Bagi yang tidak mempunyai pengering atau dryer, mereka terpaksa menjemur pakaian di dalam rumah bagi mengelakkan pakaian 'disirami' atau terkena tempias hujan lebat.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik... Lelaki layan wanita membebel boleh jadi makin geliga!

Paling 'pening' memikirkan masalah ini tentulah mereka yang keluar pagi, balik petang kerana tiada siapa yang boleh membantu mengangkat jemuran di ampaian jika hujan.

Menjemur pakaian dalam rumah mungkin dilihat penyelesaian terbaik, tapi sebenarnya ia akan memberi kesan kepada kesihatan diri dan keluarga.

Terdapat lima kesan jangka masa panjang yang kita tidak akan nampak sekarang jika menjemur pakaian dalam rumah, tetapi sekurang-kurangnya kita masih boleh mencari jalan penyelesaiannya

b

Kalau anda ada masalah kulit, elak jemur kain di dalam rumah.

1. Penyakit alahan

Udara dari pakaian lembab yang dijemur akan terperangkap di ruang jemuran menyebabkan pembiakan bakteria berlaku.

Kecenderungan untuk mendapat penyakit ruam dan masalah gangguan pernafasan adalah tinggi.

2. Punca kanser

Pelembut pakaian mengandungi acetaldehydes yang tinggi merupakan penyebab utama bagi penyakit kanser.

3. Penyakit asma

Mengeringkan pakaian di dalam ruang rumah juga akan meningkatkan kelembapan udara dan menyebabkan lebih banyak debu.

baju 2

Bau tidak menyenangkan mula timbul apabila baju direndam terlalu lama.

4. Racun

Racun ini terjadi jika kita melengah-lengahkan atau menangguh untuk menjemur pakaian yang sudah dibasuh kerana menunggu cuaca panas. Bukan itu sahaja, bau yang dikeluarkan daripada pakaian ini juga akan menjadi busuk.

5. Lemah sistem ketahanan badan

Tahap imunisasi menjadi lemah ini dapat dilihat apabila kita mudah diserang penyakit seperti selesema dan demam.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda dan juga keluarga, elakkan menjemur pakaian di dalam rumah.

baju 1

Menjemur kain dalam rumah boleh mendatangkan perkara bahaya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan pakaian anda terdedah kepada cahaya matahari dengan menyediakan tempat jemuran di luar rumah.

Jika hujan berpanjangan seeloknya keringkan pakaian yang masih basah di kedai dobi yang berdekatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain