suria

Berita baik... Lelaki layan wanita membebel boleh jadi makin geliga!

Semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga

PERASAN atau tidak di sekeliling kita, kaum wanita lebih banyak bercakap berbanding kaum lelaki?

Ini kerana cara wanita berfikir, rasa dan bertindak adalah berbeza sama sekali dengan lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Fakta... Bercakap dengan diri sendiri banyak manfaat terutama ketika keseorangan sepanjang pandemik

Kaum wanita lebih suka untuk bercerita dan berkongsi pendapat mereka tetapi kaum lelaki lebih suka mendengar dengan senyap dan lebih pendiam.

Kenapa ada perbezaan seperti ini?

otak

Otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka berlatih bercakap 20,000 patah perkataan sehari sejak kecil lagi.

Secara saintifik dan telah dibuktikan bahawa minda wanita rata-rata lebih aktif di lebih banyak kawasan yang berkaitan dengan bahasa verbal minda lelaki.

Tidak hairan lagi apabila tumpuan, kawalan impuls, pergerakan anggota serta kawalan mood dan emosi wanita adalah berbeza.

Perbezaannya adalah wanita normal menggunakan antara 6,000 hingga 8,000 perkataan sehari.

Lelaki lebih kurang berkomunikasi kerana menggunakan rata-rata 2.000 hingga 4.000 perkataan setiap hari.

Tetapi ada kebaikan yang boleh kaum lelaki manfaatkan daripada kaum wanita yang bercakap lebih banyak ini!

Satu fakta yang sangat menarik di mana otak akan menjadi lebih cerdas jika kita melayan kaum wanita borak.

Sebagai contoh para suami yang suka melayan isteri mereka membebel, otak mereka akan jadi lebih geliga.

woman-and-man-talking

Wanita menggunakan pertuturan sebagai cara untuk meluahkan perasaan.

Lebih baik kaum lelaki mula layan celoteh isteri atau kekasih mereka mulai sekarang kerana mereka akan jadi lebih bijak berbanding berborak dengan kawan-kawan lelaki yang lain.

Mana tidaknya, berborak dengan kaum perempuan mampu membuatkan otak kaum lelaki proses tiga kali ganda perkataan berbanding kaum lelaki.

Jika lebih banyak perkataan yang diproses, lebih cepat berfikir menggunakan otak pada kaum lelaki.

Apabila kaum wanita bercakap, mereka lebih banyak berfikir atau tidak fokus manakala lelaki akan lebih fokus pada sesuatu perkara.

Jadi ada baiknya juga kita melayan kaum wanita berborak jadi kita boleh faham lebih mendalam isi hati mereka kerana perempuan sentiasa bercakap dari hati.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Lelaki, berceloteh, wanita, bercerita, otak, minda, gosip

Artikel Lain