suria

Fakta... Bercakap dengan diri sendiri banyak manfaat terutama ketika keseorangan sepanjang pandemik

Bercakap dengan diri sendiri boleh membantu otak kekal berfungsi dan cergas.

PERASAAN cemas adalah sesuatu yang biasa dalam suasana pandemik ketika ini. Namun sekiranya ia tidak dikendalikan dengan baik, perasaan itu boleh mengganggu kesihatan mental seseorang seperti tekanan perasaan dan lebih parah kemurungan.

Untuk itu, menerapkan fikiran positif sangat penting. Ini kerana, tunjang utama tubuh manusia adalah otak. Salah satu cara untuk mengelak perkara tidak diingini adalah dengan cara selftalk atau bercakap dengan diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut deringan telefon, cepat marah antara 5 tanda anda perlukan ‘me time’

Selftalk dapat merangsang otak menjadi lebih aktif apatah lagi dalam suasana sekarang ramai yang tidak dapat berjumpa keluarga dan rakan-rakan untuk berbual.

Apatah lagi bagi mereka yang tinggal seorang diri, selftalk sangat digalakkan dengan berbual dengan diri sendiri tentang perkara-perkara positif dan menyenangkan.

Secara dasarnya, otak mendengar perkara-perkara yang bersumber daripada dua benda iaitu fikiran sedar dan fikiran di bawah sedar.

Sayangnya, masih ramai tidak tahu bahawa fikiran di bawah sedar lebih dominan berbanding fikiran sedar.

ideas

Jangan biarkan diri dibelenggu dengan fikiran negatif.

Apa pun yang bermain di fikiran bawah sedar akan terus diprogram di dalam otak.

Ini kerana ketika bercakap pada diri sendiri atau orang lain, diri sendiri adalah orang pertama akan mendengar dan memproses kata-kata tersebut.

Bagaimanapun dalam situasi tidak menentu ketika ini, ramai yang bercakap tentang perkara negatif yang pada akhirnya boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Sebagai contoh, kerana bimbang akan situasi Covid-19, ramai akan mula memberitahu diri bahawa akan dijangkiti Covid-19 atau akan pasrah sekiranya dijangkiti wabak itu.

Sebenarnya pemikiran dan percakapan kepada diri sendiri seperti itu akan memberi kesan kepada daya tahan tubuh seseorang.

Tidak hanya menurunkan daya tahan tubuh, berfikiran negatif juga akan membuatkan seseorang mengalami mental block yang boleh mengakibatkan sukar membuat keputusan tepat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain