suria

Takut deringan telefon, cepat marah antara 5 tanda anda perlukan ‘me time’

Terdapat beberapa tanda seseorang itu perlukan me time.

APABILA seseorang mahu bersendirian, kebiasaannya akan ada menganggap ia perkara negatif apatah lagi bagi yang sudah berkahwin.

Timbul konflik sama ada pasangan sedang dalam keadaan tertekan atau berasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara sehingga ingin menjauhkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: WhatsApp umum tidak akan sokong 52 telefon bimbit mulai 1 November

Adakalanya, seseorang perlu bersendirian atau me time - hanya bersama diri sendiri, tanpa pasangan, keluarga atau rakan-rakan.

"Ini sebenarnya adalah proses penting untuk memberikan diri kita waktu dan ruang dengan memutuskan semua hubungan bagi membolehkan seseorang mendapat ketenangan dan memulihkan tenaga diri," jelas pakar psikologi, Dr Nikki Martinez.

Berikut adalah beberapa tanda seseorang itu perlu me time.

scared-phone-call-091916

1. Takut mendengar bunyi telefon

Deringan telefon boleh menimbulkan rasa cemas atau terkejut saat ia berbunyi. Tetapi sekiranya bunyinya membuatkan berada dalam ketakutan dan ingin melempar telefon ke dinding, ia petanda bahaya.

Pakar psikologi, Paula Anderson berkata, jika itu berlaku, ia bererti seseorang berada dalam keadaan tertekan tanpa disedari dan perlu waktu bersendirian.

HILANG MINAT

2. Hilang minat

Salah satu gejala yang perlu diberi perhatian apabila seseorang hilang minat terhadap perkara disukainya seperti contoh anda tidak lagi berminat menonton drama kegemaran meskipun siarannya ditunggu-tunggu sebelum ini.

mARAH

3. Cepat marah dengan perkara kecil

Jika anda cepat marah tentang perkara kecil, ia juga boleh jadi petanda anda memerlukan me time. Ini kerana fikiran anda sesak dengan pelbagai perkara sehinggakan benda remeh boleh membangkitkan kemarahan yang meluap-luap.

https___s3-images.tyla.com_s3_content_e04e37f35f584ef45a1658daba72cdd5

4. Tidak menikmati waktu bersama orang lain

Jika anda berasa rimas berada dalam kelompok kawan-kawan ketika keluar makan sehingga mengganggu mood, anda perlu bersendirian.

Tidur

5. Tidur tapi tetap letih

Antara gejala anda memerlukan me time adalah badan terasa letih dan lesu meskipun mendapat tidur yang cukup.

Keadaan itu berlaku disebabkan tubuh memberi reaksi sebagai amaran bahawa diri kita memerlukan lebih daripada sekadar tidur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain