suria

Jangan ditambah bara... Cuba 5 cara ini pujuk suami sedang marah

Suami marah

MASALAH rumah tangga adalah perkara biasa dalam setiap perkahwinan dan sesekali pasti pasangan akan merajuk atau bertengkar.

Kebiasaannya, apabila bertengkar si suami akan memujuk isteri sebagai tanda berdamai selain membelikan hadiah seperti bunga, cokelat dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut deringan telefon, cepat marah antara 5 tanda anda perlukan ‘me time’

Tetapi bagaimana pula hendak memujuk suami yang sedang marah dan sukar ditenangkan? Mengendalikan lelaki yang sedang marah boleh jadi perkara menakutkan.

Tetapi ketahuilah individu yang mampu menenangkan lelaki yang sedang marah adalah isterinya. Cara memujuknya bukanlah bersikap manja dihadapannya tetapi mencuba memahaminya dengan lebih baik.

Berikut adalah lima cara yang boleh dilakukan isteri sekiranya suami sedang dalam keadaan marah.

Suami marah

1. Kemarahan tanda perlukan bantuan

Kemarahan adalah tanda bahawa ada sesuatu yang perlu diselesaikan. Dalam hal ini, suami berada dalam keadaan tertekan, oleh yang demikian tawarkan bantuan.

Bertanyalah kepadanya sekiranya ada sesuatu yang boleh anda lakukan bagi meredakan kemarahan dan membuatnya berasa lebih lega.

Berusaha memahami apa yang membuatkan si dia marah selain menghilangkan tekanan yang dirasainya sama ada berkaitan hubungan suami-isteri atau pun faktor luar.

2. Tetap tenang

Meskipun sukar namun demi meredakan keadaan si isteri perlu tetap tenang apabila berhadapan dengan suami yang sedang marah.

Apatah lagi jika ia berkaitan dengan rumah tangga. Jangan menambah bara pada kemarahannya dan menyebabkan situasi menjadi lebih buruk.

unnamed

3. Pastikan emosi suami tenang

Semua orang perlukan ketenangan emosi, tidak terkecuali lelaki yang dilihat kuat secara luarannya. Dalam kebanyakan kes, kemarahan seorang lelaki itu adalah disebabkan rasa terluka yang mendalam.

Seorang lelaki akan berasa lebih tenang dari segi emosinya apabila isteri yang disayangi memahami dan sentiasa ada di sisinya.

Ucapkan perkara baik dan menyenangkan saatnya sedang marah dan jangan mengkritiknya. Lebih banyak mendengar sekiranya suami mula meluahkan apa terbuku di dalam hatinya.

4. Jangan buat andaian

Andaian dan cuba membaca fikiran sang suami sebenarnya adalah lebih berbahaya berbanding cara lain untuk memujuknya.

Jadi jangan cuba-cuba membuat andaian sendiri mengapa dia sedang marah. Sebaliknya, cuba bertanya secara terus terang tentang perubahan sikap dan alasan di sebaliknya.

Sekiranya suami enggan meluahkan, jangan dipaksa kerana dia sendiri akan memberitahu apabila tiba masanya.

5. Selami hati suami

Kemarahan seorang lelaki boleh bertambah parah apabila seorang isteri tidak mendengar atau menghormatinya. Penyelesaiannya adalah komunikasi.

Cuba mendengar dengan tekun apa yang ingin dikatakan dan jangan terus membuat kesimpulan atau menyalahkannya meskipun ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain