suria

Nak balik kampung? Selain jaga SOP, anda juga disarankan buat 5 perkara ini

Sebelum pulang ke kampung pastikan anda lakukan lima perkara ini.

KETIKA ini ramai daripada kita yang sedang merancang untuk pulang ke kampung halaman selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri bermula Isnin.

Dalam keterujaan itu, kita juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan diri dan keluarga terlindung daripada wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah boleh balik kampung, melancong... tapi jangan lupa SOP! - PM

Selain kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diberikan perhatian sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman.

Crowded

1. Elak ke tempat sesak sebelum pulang ke kampung

Jika anda merancang untuk pulang ke kampung pada hujung minggu ini, pastikan anda mengelak pergi ke tempat sesak atau berkumpul dengan rakan-rakan.

Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak itu tanpa disedari dan membawa pulang virus itu ke kampung halaman.

Berbincang

2. Pulang mengikut giliran

Sebaik-baiknya, berbincang dengan adik-beradik yang lain untuk pulang mengikut giliran sebagai langkah berjaga-jaga. Paling penting keselamatan ibu bapa yang sudah berusia terjaga.

Ujian Kendiri

3. Ujian kendiri Covid-19

Sebelum memulakan perjalanan, apa kata lakukan terlebih dahulu ujian kendiri Covid-19 bagi memastikan diri anda dan keluarga berada dalam keadaan baik.

Man driving car while eating hamburger. Waiting and standing in traffic jam

4. Elak berhenti di R&R jika tiada keperluan

Lebuh raya dijangka sesak dengan pengguna yang ingin pulang ke kampung dan pasti ramai akan berhenti di kawasan Rehat & Rawat (R&R) untuk membeli makanan dan sebagainya.

Bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan orang ramai, adalah lebih baik tidak berhenti di R&R sekiranya tiada sebarang keperluan.

Sediakan makanan dan minuman dari rumah agar tidak perlu bersesak di R&R. Jika terpaksa berhenti, pastikan pakai pelitup muka, menjaga jarak.

Mandi

5. Bersihkan diri sejurus sampai

Sejurus sampai di rumah, jangan terus bersalaman dan berpeluk dengan ibu bapa anda, sebaliknya terus bersihkan diri. Gunakan peluang ini juga untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Jangan pula keluar tanpa tujuan dan membawa pulang virus ke rumah dan membahayakan kedua ibu bapa kita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain