suria

Bukan hanya gosok baju, seterika ada 4 fungsi lain bantu selesai masalah di rumah anda

Seterika boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

SETERIKA adalah peralatan elektronik yang digunakan untuk menggosok pakaian namun rupa-rupanya ia tidak hanya mempunyai satu fungsi.

Sebaliknya objek ini mempunyai pelbagai kegunaan lain yang dapat membantu menyelesaikan masalah di rumah dan mungkin tidak ramai tahu mengenainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ciri baharu dalam iOS 15 boleh buatkan lagu sedih menjadi lebih syahdu

Berikut adalah empat manfaat seterika selain menggosok pakaian.

karpet

1. Menghilangkan bekas tindihan pada permaidani

Menindih sofa di atas permaidani pasti akan meninggalkan kesan lekukan yang sukar dihilangkan.

Dengan meletakkan kain lembab di atas kesan tindihan dan menekap seterika di atasnya selama 30 saat boleh menghilangkan bekas tindihan pada karpet anda.

Wood

2. Menghilangkan lekuk pada perabot kayu

Manfaat berikutnya adalah seterika dapat menghilangkan kesan lekuk pada lantai atau perabot berasaskan kayu. Cara menghilangkannya adalah sama dengan kesan tindihan pada permaidani.

Cuma, proses itu perlu diulangi selama beberapa kali bagi menghilangkan kesan lekuk pada lantai atau perabot kayu anda.

Bagaimanapun pastikan suhu seterika tidak terlalu panas sebelum menekapnya ke bahagian yang terkesan.

Lilin meleleh

3. Membersihkan kesan lilin

Cecair lilin yang tertumpah di atas permaidani atau pelapik meja memang sukar ditanggalkan. Untungnya, seterika dapat membersihkannya dengan mudah.

Biarkan kesan lilin yang tumpah itu benar-benar keras atau kering lalu kikis sebanyak mungkin menggunakan pisau.

Setelah itu letakkan kertas di atas bahagian yang terkena lilin dan tekap seterika dengan suhu rendah bagi mengeluarkan kesan lilin.

Slow motion close up locked down shot of a coffee mug falling down and spilling all over a black mobile phone on the table. Shot in Slovenia.

4. Membersihkan kotoran akibat air panas

Teh panas yang tertumpah di atas meja kayu akan meninggalkan kesan kotoran berwarna putih dan mencacatkan pemandangan.

Jangan bimbang, seterika juga dapat menghilangkan kesan itu. Caranya, letakkan kain nipis di tempat yang terkesan lalu tekapkan seterika pada suhu sederhana selama 10 ke 15 saat.

Kemudian lap menggunakan kain kering dan lihat hasilnya!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain