suria

Memang seronok dapat lepak di kafe tetapi jangan pula lakukan 5 perkara ini!

Kafe 'hipster' menjadi tempat pilihan utama untuk bersosial

KERAJAAN telah membenarkan individu yang lengkap dua dos vaksinasi untuk merentas negeri, melakukan aktiviti riadah dan juga 'dine-in' di restoran berkuat kuasa pada 10 Ogos 2021.

Sudah semestinya kafe-kafe yang berkonsepkan seperti gaya urban, English style dan retro moden menjadi pilihan utama untuk bersosial bersama kawan-kawan terutama sekali golongan muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Seriusnya! PM umum boleh rentas negeri, nenek terus buat pengumuman penting untuk anak cucu - “Datang jumpa opah!”

Bahkan ada yang menjadikan kafe ini sebagai tempat mereka mengambil gambar kerana biasanya hiasan dalamannya yang menarik.

Ada juga yang menjadikan kafe-kafe seperti ini sebagai tempat untuk perjumpaan bisnes atau kerja.

Kebiasaanya mereka akan membawa komputer riba atau tablet untuk menyelesaikan tugasan kerana konsepnya santai membolehkan mereka lebih fokus ditemani bau haruman kopi yang menenangkan.

Walapun kafe ini bersifat santai, tetapi ada lima perkara yang perlu anda ingat ketika berkunjung ke kafe-kafe hipster ini.

2c34

1. Mengharapkan ruang melakukan kerja anda secara 'percuma'

Walaupun kafe-kafe ini menyediakan meja dan kerusi dengan kuantiti banyak tetapi kita jangan ambil kesempatan dengan duduk dan tidak memesan makanan atau minuman sehingga berjam-jam di kedai kopi tersebut.

coffeemorningglass

2. Pilih kerusi dan meja yang bersesuaian dengan kuantiti orang

Jika anda datang berdua, duduk di set bangku lebih kecil jadi ia akan memberi peluang untuk pengunjung dalam kuantiti yang banyak untuk duduk di set bangku tersebut.

6

3. Tidak sabar dengan barista atau menunggu untuk makanan sampai

Kebiasaannya kafe-kafe akan mengambil pekerja dalam kuantiti yang lebih kecil berbanding gerai makan biasa jadi proses menyiapkan makanan lebih lama.

Makanan yang disediakan juga lebih berkualiti jadi anda haruslah bertoleransi dalam menunggu hidangan sampai.

DqyKWFFX4AAoIs1

4. Membuat bising ketika berbual dengan kawan-kawan

Kita tahu bahawa kafe adalah tempat umum tetapi kita mestilah menjaga suasana untuk tidak membuat bising dengan menghormati orang lain juga yang berada di dalam kedai kopi itu.

Seeloknya sila gunakan 'earphone' jika anda ada Zoom atau Google meeting.

Menjaga bahasa yang dituturkan juga mesti menjadi keutamaan bagi menghormati pengunjung lain malah kita sendiri telah diajar untuk berbahasa dengan baik kerana budi bahasa budaya kita.

Ace-Hotel-Lobby-London

5. Jangan terlalu friendly dengan semua orang di dalam kafe

Selalu kita lihat yang datang ke kafe seperti ini berseorangan tanpa orang lain bersama mereka di meja kerana mereka mahukan sedikit privasi atau me time.

Jadi kita tidak perlu bersikap peramah dengan menghormati masa mereka.

Cukup sekadar berikan senyuman atau sapaan sahaja jika bertembung atau bertentang mata dengan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kafe hipster, dine-in, vaksin, makan, kopi

Artikel Lain