suria

Tiba-tiba kucing anda terlebih manja, apakah ia petanda si bulus sedang berahi?

Kucing akan jadi lebih 'clingy' dengan tuan mereka ketika mengalami fasa ini.

SECARA alami, setiap kucing akan melalui fasa berahi atau "on heat" jika tidak dimandulkan atau disteril.

Sebagai pemilik kucing, ketahui beberapa petanda awal perubahan sikap menunjukkan kucing anda sedang berahi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa agaknya si bulus suka bersembunyi di bawah selimut? Ini 5 penyebabnya!

The Spruce Pets menjelaskan kitaran normal organ biak disebut estrus atau fasa berahi pada kucing membolehkan proses pembiakan berlaku.

Kucing akan mendapat signal bahawa mereka bersedia untuk 'dikahwinkan' apabila pembuluh darah mereka mula membengkak.

Gambaran kucing yang sedang berguling-guling.

Kucing akan bertukar menjadi manja apabila ia sedang berahi.

Bila kucing mula berahi?

Kematangan seksual kucing betina bermula seawal umurnya mencecah enam bulan bergantung kepada baka dan tahap kesihatan mereka.

Fasa ini akan berulang sekurang-kurangnya seminggu sekali dan berlarutan sehingga ia bunting ketika 'musim kahwin'.

Kitaran bagi kucing ini adalah berbeza dengan anjing kerana si bulus akan menunjukkan sikap lebih manja secara fizikal.

PRI_198391221

Kucing bersedia untuk 'berkahwin' pada usianya mencecah enam bulan.

Tanda kucing sedang berahi

Nada suara (mengeow) yang agak keras dan mendesak serta membuang air kencing (memancut) di merata tempat adalah cara kucing mencari perhatian dan memberitahu kucing lain ia sedang berahi.

Kucing juga berguling-guling di lantai atau mengangkat ekor ke udara lalu menggoyangkannya apabila bahagian tulang belakang mereka diusap.

Fasa berahi ini semestinya akan berhenti setelah mereka 'dikahwinkan' dengan kucing lain dan kemungkinan untuk kucing betina bunting adalah tinggi.

Pemilik si bulus juga perlu bersedia untuk menimang lebih banyak anak kucing kelak.

Memandulkan atau mensterilkan kucing merupakan cara terbaik untuk menghentikan gejala fasa berahi ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain