suria

Jangan main pakai! Ketahui sebab pakaian dalam baharu perlu dicuci sebelum digunakan

Pakaian dalam yang biasa digunakan oleh kaum lelaki dalam kehidupan seharian.

SUDAH menjadi kebiasaan ramai membeli pakaian dalam baharu di pasaran secara "online" mahupun "offline".

Tetapi pernah anda terfikir bahawa seluar dalam yang tidak dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan berisiko tinggi kepada kesihatan anda?

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu berkeras nak guna mesin basuh sampai lunyai, anak terpaksa standby playar... layankan aje jeritan jiran setaman - “Nak pulas kena ada gaya”

Tinjauan dibuat oleh The Derm Review menunjukkan hampir satu per tiga orang responden tidak mencuci pakaian dalam baharu sebelum memakainya.

Pakaian dalam yang baru dibeli tidak semestinya bersih untuk terus dipakai setelah menanggalkan tag di pakaian tersebut.

Cleaning-Your-Laundry-Machine

Sebaik-baiknya basuh pakaian dalam yang baharu dibeli terlebih dahulu.

Penting untuk basuh terlebih dahulu kerana kita tidak tahu potensi terkena penyakit serta alahan pada pakaian dalam yang sudah terdedah kepada segala bakteria dan virus apatah lagi semasa musim Covid-19 ketika ini.

Elle Macleman, seorang ahli biokimia mengatakan, risiko pakaian dalam baharu yang terkena pada kulit dapat menyebabkan dermatitis, pembengkakan, kerengsaan pada kulit, kudis dan pelbagai penyakit lain.

Tambah ahli biokimia ini lagi, tidak mencuci pakaian dalam wanita (bra) baharu membuatkan si pemakai terkena penyakit seperti staphylococcus, jangkitan kulat dan juga mastitis yang berisiko kepada ibu masih menyusu.

5ea35316a34b3c1358599cd4

Cuci pakaian baharu anda... Mencegah lebih baik daripad mengubati.

Pewarna pakaian yang digunakan boleh menyebabkan reaksi terhadap kulit anda terutama sekali kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.

Walaupun risiko untuk mendapat penyakit daripada pakaian dalam baharu yang tidak dicuci adalah rendah tetapi adalah lebih baik jika kita mencegah daripada merawat.

Jika anda seorang yang sangat ambil berat terhadap kesihatan, langkah seperti ini harus menjadi keutamaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain