suria

Ibu berkeras nak guna mesin basuh sampai lunyai, anak terpaksa standby playar... layankan aje jeritan jiran setaman - “Nak pulas kena ada gaya”

Amalina (gambar kecil) menggunakan playar untuk menentukan tetapan cucian pada mesin basuh mereka.

"IBU kata guna sampai lunyai."

Itulah kata-kata seorang wanita setiap kali anak perempuannya menyuarakan hasrat untuk menukar mesin basuh mereka yang telah uzur.

Sebuah rakaman video tular memaparkan bagaimana anaknya terpaksa menggunakan playar untuk memutar bahagian tetapan cucian kain pada mesin itu.,

ARTIKEL BERKAITAN: Si bapa bersenam, bayi tergelak-gelak di sisi... bekas pereka kasut dan guru seni imbau kisah tukar kerjaya, kini bergelar pelatih kecergasan

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu panas baran, bermusuh adik beradik... siapa sangka jejaka berubah selepas ke kubur, siap plan kejutan buat 2 adik - “Sebak pertama kali dipeluk”

Bercakap kepada mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Amalina, 26, berkata, video tersebut dirakam hanya sebagai perkongsian di Instagramnya sendiri.

Tetapi ia menjadi tular sehingga meraih hampir 540,000 tontonan selepas dimuat naik ke TikTok.

"Video tu random je untuk Instagram saya, sekadar nak share dengan kawan-kawan. Sebab saya rasa macam dah uzur sangat mesin basuh ni.

"Sampailah ada yang kata, kalau masuk TikTok confirm viral hang ni. Memang masinlah mulut dia, tak sangka komen tentang video mesin basuh tu semuanya kelakar.

IMG_0312

Amalina tidak menyangka videonya itu mendapat perhatian ramai di TikTok

"Sebelum ni ada terfikir nak tukar mesin basuh baru, tetapi masa tu masih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Kedai elektrik pun tak buka, itu yang ikhtiar je cara macam ni," katanya yang menetap bertiga bersama ibu dan adiknya di Ipoh, Perak.

Amalina yang juga berasal dari Ipoh itu memberitahu bahawa sudah hampir tujuh tahun mereka menggunakan mesin basuh tersebut.

Bagaimanapun dia terpaksa menggunakan playar untuk menetapkan tetapan cucian pada mesin apabila bahagian pemutarnya patah pada Mei lalu.

"Mesin basuh ni dah lama juga sebenarnya, lebih kurang tujuh tahun macam tu. Tak rosak, masih boleh pusing macam biasa.

"Bahagian pulas timer tu pun masih berfungsi, cuma terpaksa pakai playar sebab fungsi spin masih baik. Motor mesin semuanya elok lagi, body je reput sebab kami letak dekat luar rumah.

IMG_0309

Walaupun mesin basuh mereka agak uzur, tetapi ia masih lagi berfungsi seperti biasa.

"Benda tu rosak sewaktu saya nak cuci baju macam biasa, tiba-tiba tempat pulas tu tak boleh pusing. Saya cuba juga pusing-pusing sampai patah, buntulah juga masa tu.

"Lepas tu ternampak pula playar, saya pun cuba pusing dan berjaya pulas. Tapi kena ada gayalah baru mesin basuh tu berjalan," katanya yang bekerja di kedai pakaian di sebuah pusat beli belah di Ipoh.

Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, disebabkan ínsiden' itu, terpaksalah dia mengambil alih tugas membasuh baju sepanjang tempoh PKP kerana ibunya tidak tahu bagaimana cara menggunakannya dengan playar.

Tetapi setelah dibenarkan untuk kembali bekerja, mahu atau tidak ibunya terpaksa juga belajar cara menggunakannya setiap kali mahu menetapkan tetapan cucian kain pada mesin tersebut.

"Bila dah mula masuk kerja, barulah saya ajar ibu sebab kalau tak biasa memang susah nak bagi benda tu pusing.

"Kami memang biarkan je mesin tu begitu, tak ada panggil orang untuk betulkan pun. Pakai je selagi boleh pusing, kita 'lenjan'.

Tapi saya memang ada niat nak tukar mesin basuh ibu ni walaupun dia cakap nak guna sampai habis nyawa mesin tu.

AMALINA

"Pernah sekali saya basuh baju waktu malam, tiba tiba spinner tu terbuka sebab kain tak balance. Bila baju masuk dalam spinner tu tak balance, satu taman boleh dengar.

"Jiran sebelah pun jerit haaa mesin tu dah jerit tu! Sejak peristiwa tu memang saya tak tinggal mesin bila nak spin kain," katanya.

Selepas videonya tular, ada juga yang menganggap Amalina 'berkira' untuk membeli mesin basuh baharu buat ibunya.

Menjelaskan perkara itu, katanya, dia sebenarnya berhasrat untuk menghadiahkan sebuah mesih basuh yang lengkap dengan pengering untuk ibu tersayang jika dikurniakan rezeki lebih.

"Setiap basuhan kain bersih macam biasa, semuanya tip top. Ibu saya paling suka semi auto sebab katanya lagi bersih lagi dari auto.

IMG_0308

Amalina (kanan) mahu menghadiahkan ibunya sebuah mesin basuh yang dilengkapi dengan pengering baju.

"Tapi saya memang ada niat nak tukar mesin basuh ibu ni walaupun dia cakap nak guna sampai habis nyawa mesin tu.

"Doakan rezeki saya murah untuk tukar mesin basuh yang ada sekali dryer macam di dobi tu. Alang-alang nak tukar kan, kita bagi gempak terus kat ibu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain