suria

Hebat! 5 pelajar universiti ini cipta krim jerawat guna kulit durian

Penuntut di Universiti Brawijaya, Indonesia menghasilkan krim jerawat menggunakan kulit durian sebagai bahan utama.

SIAPA yang tak suka dengan durian, bukan? Tetapi kulitnya yang tajam biasanya akan dibuang selepas isinya dimakan.

Namun siapa sangka, kulit durian yang dianggap tidak bermanfaat itu sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat termasuk sebagai bahan kecantikan wajah.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Mata panda' ganggu penampilan anda? Tak perlu berbelanja besar, gunakan 5 bahan dapur ini

Buktinya, lima penuntut Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Nur Khasanah, Putri Ayu, Annindea Erza, Dzurrotin Qurrota dan Dita Rahmaningtyas menggunakan kulit durian yang dijadikan sebagai krim mencegah jerawat.

mahasiswa-ub-malang-kembangkan-krim-anti-jerawat-berbahan-kulit-durian

Pelajar ini sibuk di makmal menghasilkan krim jerawat.

Nur Khasanah yang juga penuntut Fakulti Matematik dan Sains universiti itu berkata, kulit durian kaya dengan antibakteria seperti flavonoid, saponin, tannin, terpenoid, dan alkaloid.

Kandungan ini membuat kulit durian lebih efektif mencegah jerawat berbanding tea tree oil yang banyak digunakan sebagai bahan krim jerawat ini.

Krim jerawat ini kata Nur Khasanah, dibuat dengan mengambil ekstrak kulit durian.

"Pertama sekali kulit durian akan dipotong dan dibersihkan. Kemudian ia dimasukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 60 darjah celcius selama 24 jam.

20210929150120-1-mahasiswa-ub-kembangkan-krim-anti-jerawat-berbahan-kulit-durian-003-debby-restu-utomo

Kulit durian yang di potong sebelum di bakar dalam ketuhar selama 24 jam.

"Selepas itu, kulit durian ini akan dikisar, diayak dan dijadikan ekstrak," katanya.

Jelasnya, krim pencegahan jerawat ini menggunakan teknologi nanoemulsi yang mampu mengurangkan risiko keradangan pada jerawat.

Meskipun masih dalam peringkat percubaan, Nur Khasanah dan rakan-rakannya berharap krim itu nanti dapat memberi manfaat kepada golongan yang mempunyai masalah jerawat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?