suria

Susah nak lelapkan mata? Cuba teknik '10-3-2-1’ yang dikongsi doktor ini untuk mudahkan anda tidur

Orang dewasa memerlukan lapan jam waktu tidur setiap hari.

MENDAPAT tidur yang lena dan mencukupi adalah amat penting bagi setiap orang kerana ia boleh mempengaruhi keadaan mental dan fizikal seseorang.

Masalah kekurangan tidur boleh menyebabkan badan berasa lesu dan letih sekali gus mengurangkan produktiviti anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Minum kopi awal pagi sebenarnya tidak bagus? Doktor ini dedah 2 lagi tabiat buruk sebaik bangun tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tidur atas sarang kuman, ketahui berapa kerap anda perlu tukar cadar, sarung bantal

Namun, masih ramai yang berdepan kesukaran untuk tidur pada waktunya di malam hari walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk melelapkan mata.

Seorang doktor yang popular di TikTok kerana sering berkongsi tip kesihatan, Dr Karan Raj mencadangkan orang ramai supaya menggunakan teknik '10 -3-2-1’ supaya dapat tidur dengan lebih cepat serta mendapatkan tidur yang lebih lena.



Melihat skrin sebelum tidur adalah salah satu punca mata sukar lelap.

Menurutnya, teknik tersebut adalah penanda waktu anda harus mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara tertentu yang boleh mengganggu masa tidur dan kualiti tidur yang baik.

Dengan hanya mengikut teknik tersebut, tubuh anda akan bersedia untuk tidur secara semulajadi pada waktu malam.

Berikut adalah teknik 10-3-2-1 menurut Dr Karan Raj:

10 jam sebelum tidur: Elakkan daripada mengambil kafein. Ini adalah masa yang diperlukan oleh badan anda untuk membersihkan kafein dari saluran darah dan menghilangkan kesan perangsangnya.

Tiga jam sebelum tidur: elakkan daripada memakan makanan berat. Ini membantu mengelakkan pedih ulu hati dan tidur terganggu. Elakkan juga daripada mengambil alkohol kerana ia dapat mengganggu tidur anda.

Dua jam sebelum tidur: Jangan lakukan apa-apa kerja. Ini membantu anda untuk mendapatkan fikiran yang tenang.

Sejam jam sebelum tidur: Elakkan daripada menonton skrin. Ini kerana, cahaya biru yang dikeluarkan dapat menghalang pengeluaran melatonin yang menyebabkan masa tidur terganggu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?