suria

5 amalan sebelum dan selepas bangun tidur ini boleh bantu anda dapatkan bentuk tubuh idaman

Amalan gaya hidup yang sihat adalah kunci untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ideal.

MEMILIKI perut yang kempis dan tubuh sihat pastinya menjadi idaman setiap orang terutamanya wanita.

Antara perkara yang paling penting untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ideal adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan piza ketika sarapan lebih baik berbanding bijirin bergula... fahami penjelasan pakar nutrisi ini

ARTIKEL BERKAITAN: Susu rendah lemak antara 5 jenis makanan punca kulit berminyak

Tidak susah sebenarnya untuk kita menurunkan berat badan, cuma harus berdisiplin dan konsisten dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan dalam kehidupan seharian untuk menurunkan berat badan, dan anda boleh mulakan dengan lima perkara mudah berikut:

1. Elakkan yogurt

Walaupun yogurt dikenali sebagai makanan yang sihat, realitinya, banyak yogurt yang dijual di pasaran mengandungi gula tambahan yang tinggi. Selain itu, yogurt mengandungi laktosa, sejenis gula semula jadi yang sukar dicerna oleh manusia. Jika anda masih mahu makan yogurt, pilih yang mempunyai 8 gram gula atau kurang.

2. Senaman sebelum tidur

Amalkan 8 minit senaman dumbbell thruster setiap hari sebelum tidur untuk mendapatkan tubuh yang lebih langsing. Walaupun hanya sekejap, jika anda konsisten, anda akan melihat perubahan dari semasa ke semasa.

3. Mandi sebelum tidur

Mandi dengan air sejuk sebelum tidur adalah kaedah terbaik untuk menurunkan suhu badan dan merangsang lemak coklat, sejenis tisu lemak yang menggunakan tenaga untuk menaikkan suhu badan sekali gus dapat membantu pembakaran lebih banyak kalori ketika tidur. Sekiranya anda tidak tahan mandi dengan air sejuk, anda boleh tetapkan air pada suhu yang lebih tinggi.

4. Sarapan sihat

Bersarapan dengan makanan yang sihat dan enak seperti oat, coklat gelap, buah-buahan merah, kacang, serbuk kayu manis dan lain-lain. Makanan-makanan ini mempunyai asid butirik yang dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan kepekaan insulin.

5. Jangan makan energy bar

Elakkan daripada makan evergy bar kerana ia mempunyai kalori yang tinggi dan laktosa whey yang menyebabkan pembengkakan. Selain itu, ia adalah makanan yang diproses, justeru menyebabkan berat badan anda naik dengan lebih cepat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?