suria

Susu rendah lemak antara 5 jenis makanan punca kulit berminyak

Kulit berminyak boleh disebabkan oleh pemakanan.

MAKANAN bukan hanya memberi pengaruh besar terhadap berat badan dan kesihatan tetapi ia juga boleh memberi kesan kepada keadaan kulit, rambut dan kuku.

Produk kecantikan mungkin dapat membuatkan kulit bersih dan bebas daripada minyak namun tanpa mengawal pemakanan, penggunaan pelbagai produk belum tentu dapat memberikan hasil positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak macho kalau buat yoga tapi senaman itu cukup baik buat kaum lelaki!

Sebenarnya terdapat pelbagai makanan yang dapat memicu penghasilan minyak berlebihan yang sekali gus menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak.

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kulit anda berminyak.

Salt

1. Garam

Garam adalah salah satu makanan yang memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.

Pengambilan garam berlebihan dapat menyebabkan dehidrasi selain pengekalan air di dalam badan. Ia juga boleh meningkatkan kadar minyak ketika kulit cuba melawan dehidrasi akibat garam.

Sebaik-baiknya, hindari makanan yang tinggi kandungan garam dan sekiranya memasak kurangkan penggunaan garam dalam masakan seperti sup atau menggoreng.

Red Meat

2. Daging merah

Daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu ini dapat meningkatkan keradangan pada kulit dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan.

Sebagai alternatif gantikan diet anda dengan daging putih seperti ikan dan ayam.

Sugar

3. Gula

Jika garam mampu membuatkan kulit menjadi berminyak, bagaimana pula dengan gula? Rupa-rupanya gula turut memberi kesan yang sama seperti garam.

Kajian juga menunjukkan makanan dengan kadar gula yang tinggi akan meningkatkan penghasilan IGF-1, iaitu hormon peptida yang merangsang penghasilan minyak berlebihan pada kulit.

Milk

4. Produk tenusu

Kajian mendapati susu rendah lemak cenderung memicu pertumbuhan jerawat akibat kulit berminyak kerana ia mengandungi IGD-1. Alternatif untuk produk susu yang tidak menyebabkan kulit berminyak adalah susu segar.

Bergoreng

5. Makanan bergoreng

Makanan bergoreng tinggi kandungan lemak tepu yang berpotensi menyebabkan keradangan kulit dan akhirnya kulit menjadi berminyak.

Gunakan minyak zaitun untuk memasak yang dapat menghindarkan lebihan minyak pada kulit anda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain