suria

Jangan keliru antara ‘whitehead’ dan milia, ketahui cara-cara merawatnya

Milia sering muncul di bahagian pipi, hidung serta di bahagian bawah dan kelopak mata.

RAMAI yang menyangka bahawa bintik-bintik kecil berwarna putih yang muncul pada wajah hanyalah whitehead.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi masalah kulit yang menyerupai whitehead, iaitu milia.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda banyak jerawat di badan? Jom ambil tahu punca dan cara mencegahnya

ARTIKEL BERKAITAN: Atasi masalah hidung berminyak menggunakan 4 makanan di dapur anda

Milia adalah benjolan kecil, biasanya berwarna putih, yang terdapat pada kulit wajah dan selalu muncul di bahagian pipi, hidung serta di bahagian bawah dan kelopak mata.

Milia mengandungi keratin yang terkumpul di bawah lapisan kulit yang berlaku apabila sel kulit mati terperangkap di bawah permukaannya.

Masalah ini sering terjadi kepada bayi yang baru lahir. Malah, menurut satu kajian pada tahun 2008, 40 hingga 50 peratus bayi yang baru lahir mempunyai milia dalam sebulan sejak kelahiran.

Kebiasaannya, milia di wajah bayi akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh beberapa minggu manakala bagi orang dewasa, ia akan memakan masa hingga beberapa bulan.

Tetapi, jika ia tidak hilang dalam tempoh yang lama atau mengganggu anda, berikut adalah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan milia pada wajah.

1. Jangan cuba picit atau kopek milia

Tindakan-tindakan ini boleh menyebabkan wajah anda lebam, berdarah, berkudis, dan berparut. Ia juga akan menyebabkan kulit anda terdedah kepada kuman di kawasan tersebut dan menyebabkan jangkitan.

pexels-cottonbro-4812649

2. Membersihkan muka dengan betul

Pastikan anda membersihkan muka dengan pencuci muka yang lembut dan bebas paraben setiap hari. Pencuci muka yang kasar akan menanggalkan minyak semula jadi pada wajah yang diperlukan untuk kulit yang seimbang dan sihat.

Selepas mencuci, tekap kulit anda berulang kali dengan tuala bersih sehingga lembab dan jangan biarkan ia kering dengan sendiri. Ini akan mengelakkan kulit anda daripada menjadi kering.

libby-saylor-Zrz0pCDzSIY-unsplash

3. Masukkan retinoid dalam rutin penjagaan wajah

Kebiasaannya doktor akan mengesyorkan anda untuk menggunakan krim yang mempunyai bahan retinoid untuk merawat masalah ini.

Krim retinoid akan membantu menghakis kulit secara semula jadi. Ketika sel-sel kulit mati terhakis, keratin yang tersumbat di bawah permukaan kulit juga akan tanggal dengan sendiri.

pexels-ivan-samkov-7161662

4. Menggunakan produk pengelupasan (exfoliation) kulit yang lembut

Produk pengelupasan kulit yang lembut dapat membantu kulit anda bebas dari perengsa yang menyebabkan milia. Beberapa agen pengelupasan seperti salicylic acid, citric acid, atau glycolic acid dapat mengelakkan pembentukan keratin secara berlebihan pada bahagian kulit.

Tetapi awas! Menggunakan produk pengelupasan kulit dengan terlalu kerap boleh merengsakan kulit, jadi jangan lakukannya setiap hari. Lakukan pengelupasan kulit sekali atau dua minggu sekali bergantung kepada kulit anda.

vinicius-amnx-amano-4Nk5PCQ8Ht4-unsplash

5. Gunakan wap panas

Setelah wajah dibersihkan, buka air pada suhu yang paling panas sehingga wap terbentuk dalam bilik air dan luangkan masa selama lima hingga lapan minit dalam wap tersebut.

Wap panas dapat membuka pori-pori wajah dengan lembut dan membuang sel kulit mati pada wajah. Kemudian, bilas wajah dengan air suam-suam kuku untuk membersihkan lagi pori-pori di wajah anda.

batch-by-wisconsin-hemp-scientific-XanILp6v_Eg-unsplash

6. Gunakan pelindung suria (sunscreen) yang ringan pada kulit

Pelindung suria wajib dipakai setiap hari untuk melindungi kulit wajah dari sinar ultraviolet. Manfaat tambahan daripada memakai pelindung suria yang betul adalah dapat mengurangkan iritasi pada kulit yang menyebabkan milia.

Cari pelindung suria yang direka khas untuk digunakan pada wajah. Pastikan pelindung suria yang digunakan mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi. Sekiranya kulit anda sangat sensitif terhadap cahaya matahari, pertimbangkan untuk menggunakan produk dengan SPF 100.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain