suria

Makan piza ketika sarapan lebih baik berbanding bijirin bergula... fahami penjelasan pakar nutrisi ini

Sepotong pizza keju biasa mengandungi sumber khasiat yang seimbang termasuk karbohidrat, protein, dan lemak.

BIJIRIN adalah antara makanan paling popular yang diambil oleh kebanyakan orang ketika sarapan pagi.

Ia sering dijaja sebagai makanan yang mengandungi pelbagai jenis khasiat yang diperlukan oleh tubuh dan merupakan makanan sempurna untuk memulakan hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor gigi dedah sebab tak boleh sarapan sebelum gosok gigi

ARTIKEL BERKAITAN: Jom cuba! Pakar pemakanan ini kongsi 3 resepi sarapan kegemaran rakyat Malaysia yang lebih sihat

Namun, pakar nutrisi yang berasal dari New York, Chelsey Amer berkata, makan piza untuk sarapan sebenarnya lebih baik berbanding bijirin bergula.

Bagaimanapun, katanya, itu bukanlah bermakna piza merupakan makanan yang sihat untuk memulakan hari anda, tetapi ia alternatif yang lebih baik berbanding bijirin yang kaya dengan gula.



Bijirin adalah salah satu makanan paling popular yang diambil ketika sarapan pagi.

"Sepotong piza keju biasa mengandungi sumber khasiat yang seimbang termasuk karbohidrat, protein dan lemak.

"Semangkuk bijirin bergula dengan susu rendah lemak pula sebahagian besarnya mengandungi gula dan karbohidrat yang amat tinggi," katanya kepada ABC News.

Chelsey berkata dia tidak mengesyorkan piza sebagai sarapan harian, tetapi sebaliknya mahu orang ramai sedar akan kandungan yang terdapat di dalam bijirin bergula.

“Orang ramai harus fokus terhadap keseimbangan sumber khasiat makanan yang mempunyai karbohidrat berserat tinggi, protein tanpa lemak, dan lemak yang sihat agar kekal kenyang sepanjang pagi.

"Sangat mengejutkan apabila mengetahui bahawa piza mengandungi protein yang sama atau lebih tinggi daripada bijirin yang menjadi makanan utama yang kanak-kanak Amerika ambil untuk sarapan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain