suria

'Mata panda' ganggu penampilan anda? Tak perlu berbelanja besar, gunakan 5 bahan dapur ini

Lingkaran gelap bawah mata boleh terjadi akibat tidak cukup tidur, keletihan, alergi, penuaan dan banyak lagi sebab lain.

LINGKARAN gelap bawah mata bawah adalah perkara biasa yang berlaku pada setiap orang sama ada lelaki mahupun wanita.

Ia boleh terjadi akibat tidak cukup tidur, keletihan, alergi, penuaan dan banyak lagi sebab lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa 'down' dan tak bersemangat? Cuba 6 makanan dan minuman ini untuk kembalikan mood anda

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup belanja puluhan ribu jalani pembedahan eye bag akibat kerap tonton Netflix

Walaupun ia tidak mengganggu kesihatan, ramai yang tidak selesa dengan kemunculan lingkaran gelap bawah mata atas alasan kelihatan tua dan pelik.

Berita baik buat mereka yang mempunyai masalah ini, anda tidak perlu berbelanja besar untuk produk-produk kecantikan bagi menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Anda boleh ambil sahaja lima bahan dapur di bawah untuk menghilangkan masalah 'mata panda'.

1. Ubi kentang

Kupas ubi kentang, bilas, dan kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman. Keesokan paginya, basuh dan potong ubi kentang menjadi kepingan halus dan letakkan pada mata anda selama 5-10 minit. Ubi kentang mempunyai kandungan enzim yang tinggi yang boleh membantu memudarkan lingkaran hitam di bawah mata. Lakukan tiga kali seminggu.

2. Timun

Potongan timun yang sejuk boleh memberikan rasa segar buat mata anda. Timun mengandungi antioksidan dan flavonoid, yang membantu mengurangkan kerengsaan dan pembengkakan di sekitar mata anda.

3. Daun Teh

Daun teh chamomile atau teh hijau merupakan antara bahan yang efektif bagi mengurangkan lingkaran hitam bawah mata. Ia kaya dengan antioksidan dan kafein, yang menggalakkan peredaran darah di sekitar mata anda. Rendam beg teh di dalam air suam dan letakkan di dalam peti sejuk selama 5-10 minit. Kemudian letakkan beg teh di atas mata anda selama kira-kira 5 minit.

4. Minyak badam

Sekiranya lingkaran hitam di mata anda terlalu degil, anda boleh cuba mengurut kawasan bawah mata anda dengan minyak badam setiap pagi atau sebelum anda tidur. Minyak badam kaya dengan vitamin E, yang merupakan bahan yang bagus untuk mencerahkan kawasan mata. Minyak badam juga adalah sangat ringan, jadi anda boleh melakukannya setiap hari.

5. Lemon

Perahan jus lemon kaya dengan Vitamin C, yang merupakan pencerah semula jadi yang boleh membantu mata anda yang keletihan dan kelihatan bengkak. Rendam kapas di dalam jus lemon segar dan tepuk dengan lembut di bawah mata anda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain