suria

Biar betul... mandi air panas sama kesan bersenam? Jom baca fakta menarik ini

Mandi air panas dapat mengekalkan kulit yang sihat.

ADA hari-hari tertentu kita akan malas untuk bersenam atau bersukan tetapi rasa bersalah kalau tidak lakukannya.

Jangan risau sebab ada kajian mengatakan mandi air panas atau bersauna dapat memberikan kesan sama dengan bersenam seperti berjalan kaki, berjoging dan berbasikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas minum teh, jangan dibuang uncangnya! Ramai tak tahu ia bermanfaat untuk tanaman, kecantikan dan kegunaan harian

Penyelidikan baru dari Universiti Coventry mendapati 'terapi mandi air panas' tertentu dapat meningkatkan aliran dalam darah, suhu badan dan degupan jantung seperti senaman, dan ini dapat membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Bagi anda yang sibuk dengan aktiviti seharian atau bekerja sehingga tiada masa untuk lakukan senaman, kaedah ini sangat berguna untuk anda!

mandi 3

Melakukan senaman bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tubuh malah membantu dalam kecerdasan minda.

Penyelidikan membuktikan bahawa purata hanya 42% wanita dan 34% lelaki bersenam selama 150 minit seminggu.

Dalam kajian itu, hasil pemerhatian telah dibuat terhadap sukarelawan menghabiskan waktu yang sama menggunakan tab mandi air panas dan berbasikal.

Para penyelidik mendapati senaman lebih banyak penggunaan tenaga, tetapi terdapat peningkatan setara dalam suhu badan dan denyut jantung dengan 'terapi haba'.

shower

Mandi air panas membantu melegakan kekejangan dengan melegakan otot.

Manfaat terapi haba lain termasuk tekanan darah rendah, mengurangkan keradangan dan kawalan gula dalam darah yang lebih baik untuk penghidap diabetes tahap dua.

Seperti yang kita telah ketahui bahawa mandi air panas sebelum tidur juga boleh membantu kita untuk dapatkan kualiti tidur yang lebih baik.

Ini bermaksud terapi haba ini boleh menjadi pilihan yang baik untuk individu yang lebih tua atau mereka yang mengalami kecederaan sehingga tidak boleh melakukan senaman berat.

mandi 1

Mandian hangat boleh membantu merehat dan meningkatkan mood dalam dunia yang kian mencabar.

Jika anda mengharapkan mandi air panas dapat membakar lemak dan membina otot, terapi haba ini bukan caranya.

Walaupun begitu, anda masih boleh manfaatkan kelebihan mandi air panas sekali-sekala sambil bersantai!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Mandi, air panas, bersenam, kesihatan, tips

Artikel Lain