suria

Jangan basuh seluar jeans! Apa kata cuba cara ini... mudah je

Mencuci seluar jeans secara kerap boleh merosakkan kualiti seluar.

TIDAK elok cuci seluar jeans anda menggunakan mesin basuh menurut CEO jenama jeans terkemuka Levis, Charles V. Bergh.

Bukan sahaja dapat merosakkan seluar, pembaziran air juga terjadi melalui teknik cucian yang tidak betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Musim hujan sudah tiba, ketahui kesan kepada kesihatan jika kerap jemur baju dalam rumah

Anggaran penggunaan air adalah 3.5 liter air untuk cucian seminggu sekali dalam tempoh dua tahun.

Separuh daripada jumlah air digunakan adalah bersamaan dengan 6700 air menurut Bergh.

Tetapi jika tidak dicuci dalam tempoh lama, jeans tersebut menimbulkan bau yang kurang menyenangkan dan mengundang pengumpulan bakteria akibat peluh.

Seluar jeans pula mahal jika mahu dibuang setelah ia bertukar menjadi busuk sedangkan kita cuba berjimat cermat.

Jadi, boleh cuba cara ini untuk membersihkan jeans anda tanpa perlu menggunakan mesin basuh atau tangan.

jeans 2

Ada kebaikan lain yang boleh dimanfaatkan menggunakan cuka.

1. Menggunakan cuka masakan

Bukan sahaja digunakan dalam masakan, cuka boleh dijadikan sebagai bahan pencuci untuk material jenis jeans.

Gunakan satu sudu cuka dan direndam ke dalam air suhu bilik dan rendam selama setengah jam.

Cuka dapat mengekalkan warna seluar jeans, berbeza dengan bahan pencuci yang boleh melunturkan warna malah merosakkan pakaian anda.

Bau kurang enak itu akan hilang setelah seluar jenas anda kering jadi tidak perlu risau untuk cuba cara ini.

jeans 4

Wap air adalah kaedah yang sangat mudah untuk mencuci seluar jeans anda.

2. Kaedah wap air

Menggunakan air panas boleh membuatkan material yang digunakan pada jeans mengecut jadi sebaiknya gunakan wap air.

Jika menggunakan pemanas air, anda perlu gantung seluar jeans di ruang bilik mandi sehingga wap air panas terserap masuk dalam seluar tersebut.

Cara ini boleh membuatkan pakaian dicuci oleh anda kekal dan tidak rosak.

jeans 5

Jemur di kawasan atau tempat yang ada perlindungan daripada cahaya matahari secara terus.

3. Gantung seluar di tempat berangin

Menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi boleh mengecutkan seluar jeans.

Elakkan menggantung atau jemur seluar jeans di tempat yang terkena matahari sebaliknya cuba gantung di hadapan atau bawah kipas angin.

Selamat mencuba petua yang mudah dan ringkas ini!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain