suria

Selepas minum teh, jangan dibuang uncangnya! Ramai tak tahu ia bermanfaat untuk tanaman, kecantikan dan kegunaan harian

worm

SELAIN dijadikan sebagai minuman menenangkan dengan aromanya yang harum, banyak sebenarnya kegunaan teh uncang yang boleh kita manfaatkan.

"Daun teh mengandungi asid tanik dan nutrien yang merupakan baja semula jadi untuk kebun," menurut Natural Ways.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaedah 'membawang' dapat bantu rawat penyakit di rumah

Jadi selepas ini pastikan tiada lagi pembuangan hampas teh kerana uncang teh yang telah kita gunakan boleh membantu menyuburkan tanaman secara organik, malah membantu juga untuk kegunaan harian lain.

Pendek kata, teh yang telah digunakan masih bermanfaat untuk tanaman, kecantikan dan kegunaan lain.

.

Beg uncang sangat bagus dalam usaha untuk menjauhkan haiwan perosak daripada tanaman kesayangan anda.

1. Sebagai gantian baja/tanah

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu masukkan biji benih ke dalam uncang berisi teh lalu ditanam ke dalam tanah kerana daun teh mengandungi nutrisi dan membantu mengekalkan air bagi menghasilkan tanaman sihat.

Anda akan terkejut dengan hasil tanaman dengan menggunakan kaedah ini.

2. Hilangkan bau busuk peti sejuk

Jika anda seorang yang jarang mencuci peti sejuk, inilah cara paling senang dan cepat iaitu dengan meletakkan beberapa uncang teh dalam satu bekas dan diamkan dalam peti anda sekurang-kurangnya tiga hari sekali.

.

Kereta akan mula berbau jika kita selalu bawa makanan atau makan.

3. Gantian untuk bau kereta

Bagi yang tidak suka dengan bau pewangi kereta di pasaran, guna sahaja uncang teh ini untuk hilangkan bau busuk dalam kereta anda.

Pastikan basuh terlebih dahulu sebelum digunakan bagi mengelakkan semut dan lipas masuk ke dalam kereta anda.

4. Elak peralatan dapur berkarat

Uncang teh juga mampu membantu menghilangkan karat dengan hanya menyental bahagian karat tersebut dengan uncang teh lembap sebelum gosokkan dengan berus lain.

image2

Serbuk teh juga mampu menghilangkan bau dan kotoran pada permaidani.

5. Hilangkan bau dan cuci permaidani

Bagi yang mempunyai anak kecil atau si bulus, insiden seperti makanan atau minuman tumpah di permaidani kesayangan adalah perkara biasa.

Taburkan sahaja teh kering dan biarkan selama 15-20 minit sebelum vakum segala kekotoran.

used-tea-bags-in-garden-6

Tanaman kita lebih selamat daripada haiwan perosak jika disembur menggunakan air semburan mengandungi teh.

6. Melawan kulat atau serangga perosak

Antara rahsia selalu digunakan oleh pekebun adalah dengan menyembur dalaman dan luaran tanaman mereka dengan air daripada teh.

worm

Fungsi cacing tanah penting bagi ekosistem kepada tumbuhan.

7. Makanan untuk cacing tanah

Mengitar semula uncang teh terpakai dapat memberi makan kepada cacing tanah yang mana ia penting untuk tanaman sihat dan subur kerana haiwan itu rajin membuat terowong memungkinkan air dan udara ke akar tanaman.

Selamat mencuba!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain