suria

Anak-anak belum sedia hadapi UPKK gara-gara tak kuasai tulisan jawi? Jangan risau, Hatimurni boleh bantu

Bantu anak kuasai pembacaan dan penulisan dalam jawi, hadapi UPKK.

UJIAN Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2022 akan bermula 14 hingga 17 November nanti.

Bagaimanapun baru-baru ini Penasihat Persatuan Sahabat Kafa Negeri Sembilan, Zulkifli Muhamed mendedahkan bahawa ramai calon UPKK bagi tahun 2022 didapati masih gagal menguasai tulisan jawi dengan baik.

Kenyataan itu sedikit sebanyak membimbangkan ibu bapa tentang pencapaian anak-anak mereka.

Iyalah, ia permulaan kepada anak-anak untuk menghadapi cabaran yang lebih besar selari dengan peningkatan usia mereka.

Tambahan pula, antara tip untuk menghadapi peperiksaan UPKK adalah penguasaan jawi yang baik termasuk membaca dan menulis.

Justeru dengan adanya program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran Hatimurni, iaitu sebuah sekolah Islam swasta di Dewan Sri Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur, pasti dapat membantu meningkatkan prestasi kanak-kanak.

Menerusi program sehari ini, anak-anak bukan sahaja mendapat motivasi yang kuat tetapi telah diberikan pendedahan tentang bagaimana teknik menjawab soalan untuk subjek-subjek UPKK seperti bahasa Arab, sirah dan ulum syariah serta jawi.

Hatimurni sediakan kursus sehari bantu calon UPKK

Hatimurni sediakan kursus sehari bantu calon UPKK.

Lebih menarik adalah setiap sesi mendapat bimbingan guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sangat terlatih.

Jadi apa tunggu lagi? Ibu bapa boleh mendapatkan perkhidmatan Hatimurni yang telah dilancarkan sejak tahun 2007 oleh pengasasnya, Siti Khadijah Mohni dan suami, Engku Ahmad Fadzil.

Hatimurni juga menyediakan perkhidmatan sekolah Kafa seawal usia tujuh tahun termasuk kelas mengaji dan Kafa hujung minggu sejajar fokus utamanya untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak.

Bagi para pelajar, terdapat beberapa tip yang boleh digunakan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba:

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini dan latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu.

2. Kunci peperiksaan

Fahami maksud peperiksaan kerana ia menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Langkah ini sangat penting supaya calon tidak berasa kelam kabut dalam menghadapi peperiksaan sekali gus membolehkan setiap soalan dijawab dengan baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain