suria

Serabut tengok wayar ‘charger’ berselirat! Parlimen Eropah tetapkan USB-C sebagai port tunggal, selamat tinggal lightning cable

Kepelbagaian jenis pengecas peranti menjadikan ruang kelihatan berselerak.

KEPELBAGAIAN jenama dan model yang wujud dalam industri telekomunikasi dunia memperkenalkan kita kepada bermacam jenis peranti elektronik.

Demi mengukuhkan jenama masing-masing, syarikat terlibat turut menghasilkan port pengecasan yang bersifat eksklusif untuk sesebuah model yang dikeluarkan meskipun tujuannya adalah sama iaitu untuk menambahkan 'kuasa' pada peranti.

Situasi itu mengakibatkan berlakunya lambakan port pengecasan yang akhirnya menjadi 'sampah' elektronik sehingga membimbangkan masyarakat dunia.

Justeru, bagi menanganinya, Parlimen Eropah sebulat suara meluluskan peraturan baharu, yang hanya membenarkan USB-C sebagai pengecas tunggal standard untuk semua telefon pintar, tablet dan kamera baharu bermula tahun 2024.

Memetik laporan Bloomberg, undang-undang baru yang lulus selepas mendapat 602 sokongan itu sekali gus akan memaksa syarikat peranti terkemuka, Apple Inc untuk menggantikan penggunaan port lightning pada iPhone serta model-model yang akan dijual di rantaunya.

Margrethe Vestager menunjukkan lambakan pengecas elektronik yang berbeza-beza.

Margrethe Vestager menunjukkan lambakan pengecas elektronik yang berbeza-beza.

Keputusan itu bukan hanya memudahkan pengguna di Eropah malah akan mengurangkan timbunan pengecas usang termasuk menurunkan kos yang terpaksa dikeluarkan pengguna setiap kali ingin mendapatkan alat pengecas baharu.

Ketua Persaingan blok, Margrethe Vestager berkata, inisiatif tersebut dijangka dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM921.7 juta setahun dan dapat mengurangkan lebih daripada 1,000 tan sisa elektronik EU setiap tahun.

Difahamkan, undang-undang itu juga berkemungkinan digunapakai di seluruh dunia.

Terdahulu, pencadang kepada idea itu, Alex MEP Malta Agius Saliba berkata, 5 Oktober merupakan hari yang bermakna buat pengguna dan alam sekitar.

"Selepas lebih sedekad, pengecas tunggal untuk semua peranti elektronik akhirnya akan menjadi kenyataan kepada Eropah dan dengan harapan akan memberikan inspirasi ke seluruh dunia," jelasnya.

Terdahulu, cadangan yang pertama kali dibuat tahun lepas oleh Suruhanjaya Eropah, pada asalnya menimbulkan kemarahan Apple, yang beranggapan ia akan mengurangkan inovasi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain