suria

Stres musim hujan jalan sesak? Usah risau, dengan Maxim e-panggilan anda bebas ke mana saja

Musim hujan kadang kala membuatkan anda tidak selesa.

SEJAK awal Oktober, kebanyakan negeri di Malaysia mengalami hujan setiap hari terutama pada waktu petang.

Penunggang dua roda pastinya bertukar kepada penggunaan kereta demi mengelak daripada basah kuyup.

Seperti kebiasaan, musim hujan yang berlaku kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu menyebabkan jalan raya sesak dengan kenderaan.

Bayangkan diri anda yang sudah letih kerana seharian bekerja, waktu pergi dan balik pula perlu menghadapi kesesakan yang panjang!

Anda semestinya stres dengan situasi ini, tapi usah khuatir kerana Maxim e-panggilan Malaysia dapat membantu.

ARTIKEL BERKAITAN: Musim hujan sudah tiba, ketahui kesan kepada kesihatan jika kerap jemur baju dalam rumah

Merupakan salah satu perkhidmatan yang terkemuka di dunia, Maxim e-panggilan menawarkan harga yang berbaloi walaupun semasa musim hujan.

Anda juga dapat mengetahui kos perjalanan semasa membuat pesanan di aplikasi, walaupun ketika cuaca buruk mahupun kesesakan lalu lintas.

Lebih menarik apabila anda boleh mendapat akses terus ke tempat yang diletak di dalam aplikasi dan Maxim e-panggilan akan terus ke destinasi.

Maxim e-panggilan mudahkan urusan anda sepanjang musim tengkujuh.

Tidak perlu lagi menunggu bas atau pengangkutan lain dalam keadaan basah kerana hujan.

Jadi 'bebaskan' diri anda menerusi beberapa inisiatif yang disediakan Maxim e-panggilan.

1. Membuat pesanan awal di aplikasi Maxim dan berhubung dengan bakal pemandu anda

Pilih tarikh dan masa yang anda mahu di bahagian pra tempahan. Di mana penumpang akan diberi akses untuk berhubung terus dengan pemandu yang akan menggambil nanti.

2. Hubungi rakan untuk berkongsi kenderaan dan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Penumpang Maxim juga boleh menambah dua alamat penghantaran di mana pemandu akan menghantar penumpang ke dua alamat yang berbeza dengan satu perjalanan.

3. Pengguna juga boleh membuat pesanan penghantaran barang dan makanan menggunakan aplikasi Maxim ketika cuaca buruk, ini kerana pihak Maxim Malaysia juga mempunyai kereta sebagai penghantar.

Tidak perlu risau lagi dengan barang yang akan rosak akibat hujan, hanya perlu membuat pesanan melalui aplikasi Maxim dan memilih penghantaran.

Seperti yang dicadangkan, Maxim Malaysia percaya bahawa cara ini boleh memudahkan penumpang untuk mendapatkan kenderaan e-panggilan dengan mudah dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain