“Kanak-kanak... Jangan abaikan, tapi hormati mereka” - Guru kelas belakang guna 'charm' tarik minat pelajar dalam pelajaran - Figura | mStar

“Kanak-kanak... Jangan abaikan, tapi hormati mereka” - Guru kelas belakang guna 'charm' tarik minat pelajar dalam pelajaran

Mohamad Asraf memberitahu bergelar guru membuka matanya bukan sahaja tentang cabaran memberi ilmu kepada pelajar tetapi keseronokan yang turut ada bersamanya. Foto Instagram

MESKIPUN masih muda, namun perbualan dengan guru ini membuka pelbagai kisah dan pengalamannya sepanjang bergelar pendidik di sebuah sekolah di Kota Bahru, Kelantan.

Antara paling melucukan kata Mohamad Asraf Fauzi, 25, sepanjang dua tahun bergelar guru kontrak di sekolah itu terdapat beberapa insiden dia dipikat oleh pelajarnya sehingga ada yang mahu menjadikannya sebagai teman lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah rancang aktiviti bersama anak cuti sekolah ini? Apa kata ambil kira 5 tip ini

"Kena pikat dengan pelajar itu biasa... Mungkin kerana saya antara cikgu paling muda di sekolah itu. Bagaimanapun saya tidak ambil serius dan menganggap mereka hanya bergurau," katanya.

Asraf sangat menitikberatkan komunikasi dengan pelajar. 

Pun begitu kata pemuda berasal dari Marang, Terengganu itu, dia menggunakan charm yang ada pada dirinya sebagai perkara positif terutamanya dalam menarik minat pelajar untuk fokus kepada pelajaran.

Sesuai dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November (hari ini), Asraf mempunyai definisi tersendiri bagi meraikan hari istimewa itu.

Asraf berkata, kanak-kanak harus diraikan kerana mereka inilah yang bakal menerajui negara pada masa hadapan ditambah dengan pelbagai cabaran yang perlu mereka tempuhi sesuai dengan kepesatan ekonomi dan teknologi.

Persepsi kanak-kanak sama seperti mana 30 tahun dahulu sudah lapuk memandangkan mereka kini terdedah dengan pelbagai kecanggihan teknologi sekaligus mengubah corak pemikiran mereka mengenai pelbagai perkara.

"Saya tidak pernah menyangka akan bergelar guru apatah lagi mengajar di sekolah rendah... Tetapi rezeki berkhidmat sebagai guru kontrak telah membuka mata saya bukan sahaja tentang cabaran memberi ilmu kepada pelajar tetapi keseronokan yang turut ada bersamanya," katanya.

Asraf semakin selesa dengan tugasnya sebagai pendidik. 

Berhadapan dengan kanak-kanak diakui bukan mudah kerana masing-masing mempunyai sikap dan personaliti tersendiri, namun sebenarnya ada cara untuk memikat hati mereka.

Jadikan anak murid sebagai kawan

Menyedari akan hal itu, Asraf berkata, dia sedar perlu menggunakan pendekatan berbeza bagi memastikan semua pelajarnya dapat memberi tumpuan kepadanya ketika di dalam kelas.

Atas kesedaran itu juga, Asraf memberitahu dia tidak pernah meletakkan jurang di antara dirinya dengan pelajar selain menganggap mereka sebagai rakan serta melayan mereka dengan rasa hormat.

"Tahun ini saya ditugaskan untuk mengajar kelas paling hujung. Ia tugas mencabar tetapi pada masa sama memberi peluang kepada saya untuk bersikap kreatif bagi menarik minat pelajar.

"Perkara pertama saya buat adalah tidak menganggap mereka sebagai pelajar sebaliknya seperti kawan... Memahami apa kehendak mereka, cuba berbual-bual dan meluangkan masa bersama mereka ketika waktu rehat dan selepas kelas tamat.

Asraf tidak meletakkan jurang di antara dirinya dengan anak murid.

"Alhamdulillah cara ini berkesan, selain mereka lebih mesra, anak murid saya mula menunjukkan minat terhadap pelajaran serta melibatkan diri dalam aktiviti kelas.

"Mereka juga tidak malu bertanya jika ada sebarang kemusykilan kerana mereka tidak melihat saya seorang guru yang 'garang' tetapi sahabat mereka," ujarnya.

Ibu bapa terlalu tegas

Dalam pada itu, ditanya mengenai pandangannya berhubung ada segelintir pelajar tercicir dalam pelajaran serta mempunyai sikap dan personaliti buruk di sekolah, Asraf memberitahu didikan ibu bapa yang terlalu tegas menjadi antara sebabnya.

Kata Asraf, ibu bapa tidak boleh menggunakan kaedah sama seperti zaman mereka kerana pendedahan kanak-kanak pada dunia tekonologi masa kini adalah jauh berbeza.

"Didikan ibu bapa kita 20 tahun lalu mungkin sesuai pada zaman itu dan tidak lagi relevan pada hari ini. Perlu ada pendekatan berbeza dalam mendidik anak.

Sebagai seorang guru juga saya perlu bijak mengawal perasaan dan keadaan terutamanya apabila berhadapan dengan segelintir pelajar bermasalah.

MOHAMAD ASRAF FAUZI

GURU

"Ada pelajar memberitahu ibu bapa terlalu garang sehingga mereka berasa takut dan akhirnya mereka menipu tentang pelbagai perkara kerana tidak mahu dimarahi.

"Tabiat menipu itu boleh menjadi tabiat sehingga mereka dewasa jika ia tidak dikawal hanya kerana rasa takut dimarahi untuk bercakap benar dengan ibu bapa.

"Namun itu bukan bererti kita perlu manjakan mereka dan tidak memperdulikan apa yang dilakukan... Ketegasan itu perlu ada tetapi perlu ada timbang tara," katanya.

Komunikasi dua hala dengan pelajar

Asraf juga memberitahu pengaruh rakan sebaya di sekolah juga turut memainkan peranan terhadap sikap kanak-kanak dan disinilah peranannya sebagai guru untuk membentuk sahsiah diri mereka.

"Sebagai seorang guru juga saya perlu bijak mengawal perasaan dan keadaan terutamanya apabila berhadapan dengan segelintir pelajar bermasalah.

Asraf sudah dua tahun bergelar guru kontrak di sebuah sekolah di Kota Bahru, Kelantan.

"Paling baik adalah jangan abaikan mereka, hormati mereka kerana dengan cara itu InsyaAllah dapat melembutkan hati anak murid apabila kita tunjukkan kebaikan.

"Komunikasi dua hala bukan sahaja penting tetapi sebagai guru saya perlu mendengar apa masalah mereka," ujarnya.

Meskipun bergelar guru kontrak, Asraf berkata, dia berharap dapat terus memberikan khidmatnya kepada anak bangsa pada masa akan datang.

"Dengan pelbagai berita mengenai penderaan, pengabaian kanak-kanak memang membuatkan hati saya tersentuh tetapi pada masa sama ia menaikkan semangat saya untuk terus berbakti kepada anak bangsa.

"Kanak-kanak adalah masa depan kita semua dan mereka perlu disayangi serta dibimbing agar dapat membanggakan diri mereka, keluarga dan negara," tuturnya.

Guru , Pelajar , Hari Kanak-Kanak Sedunia

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain