“Ramai dah macam keluarga” - Faez bukan tukang gunting rambut biasa-biasa, ada pelanggan sanggup redah 100km untuk ‘sentuhannya’ - Figura | mStar

“Ramai dah macam keluarga” - Faez bukan tukang gunting rambut biasa-biasa, ada pelanggan sanggup redah 100km untuk ‘sentuhannya’

Selain puas dapat menggayakan rambut pelanggan, Faez Zenon turut memberitahu dia seronok dapat berinteraksi dengan pelanggannya. - Foto FAIHAN GHANI

KE mana sahaja anda pergi, sama ada di kawasan kejiranan atau pusat beli-belah, pasti akan terserempak dengan sebuah kedai gunting rambut yang tampak berbeza daripada kebiasaan, ala hipster.

Sesetengah daripadanya mungkin kelihatan mewah manakala selebihnya lebih minimalis, namun kedua-duanya menawarkan perkhidmatan sama - bukan sahaja memotong rambut dan mencukur tetapi memberikan pengalaman berbeza.

Biasanya barbershop ini diusahakan serta dikunjungi oleh anak muda sebagai alternatif kepada kedai gunting rambut tradisional.

Di barbershop ini biasanya, pelanggan akan diberikan perkhidmatan nasihat, dandanan dan penjagaan bagi memanjakan diri serta santai.

Pelanggan bukan sahaja mahu bentuk dan potongan menarik tetapi mengharapkan pemotong rambut memahami kehendak mereka.

'Feel' retro di Zenon Barbershop

Seperti di Zenon Barbershop di Kuala Lumpur, ia bukan sahaja mementingkan perkhidmatan tetapi dekorasinya juga memberi 'feel' berbeza berbanding kedai gunting rambut biasa.

Galeri di dinding tergantung gambar hitam putih malah terdapat gitar digantung bagi menghidupkan suasana kedainya.

Pemiliknya, Faez Zenon, 24, berkata, hiasan dalaman itu adalah refleksi kepada minat dirinya bersama abangnya yang juga pemilik bersama barbershop itu.

Dua beradik itu bukan sahaja suka menggunting rambut tetapi gemarkan muzik rock and roll.

"Abang dan saya menggantungkan gambar hitam putih pemuzik terkenal bagi memberikan rasa retro selain menggunakan kotak kayu untuk menyimpan barang dan produk agar nampak bersahaja," katanya yang sudah membuka perniagaan itu sejak 2010.

Faez turut menitikberatkan hiasan dalaman kedainya. 

Serius dengan perniagaan itu, Faez memberitahu dia turut mengambil kursus memotong dan dandanan rambut di sebuah akademi bagi memantapkan kemahirannya.

Faez berkata, dia mengambil keputusan itu kerana merasakan pekerjaan itu memerlukan pemahaman tentang bentuk kepala dan jenis rambut bagi membolehkan dia menentukan gaya sesuai untuk seseorang itu.

"Apabila seorang pelanggan gembira dengan perkhidmatan yang kami berikan, ia tidak mengejutkan apabila mereka memberitahu sanggup menempuh perjalanan sejauh 100km semata-mata untuk memotong rambut di kedai kami," katanya.

Fahami kehendak pelanggan

Tambahnya, pelanggan bukan sahaja mahu bentuk dan potongan menarik tetapi mengharapkan pemotong rambut memahami kehendak mereka.

Bercakap mengenai pelanggannya, Faez memberitahu barbershop miliknya dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional dan generasi muda.

Faez gembira dapat memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. 

Mempunyai dua hingga lima tukang gunting rambut bagi memenuhi tuntutan terutamanya hujung minggu, Faez memberitahu kebiasaannya pelanggan tetap akan datang dua kali atau sekali dalam tempoh sebulan.

"Bergantung kepada pekerjaan mereka... Ada yang datang sekali atau dua setiap bulan. Kebiasaannya pelanggan yang bekerja dalam bidang penerbangan seperti pramugara atau khidmat pelanggan di butik mewah akan datang setiap dua minggu.

"Ini kerana tuntutan kerja mereka memerlukan golongan ini kelihatan kemas dan profesional setiap hari," katanya.

Selain puas dapat menggayakan rambut pelanggan, Faez turut memberitahu dia seronok dapat berinteraksi dengan pelanggannya.

Selain daripada kepuasan yang cemerlang dalam krafnya, Faiz juga gemar berinteraksi dengan pelanggannya.

"Saya sangat pentingkan hubungan dengan pelanggan malah ramai di antara mereka kini adalah kenalan saya," ujarnya. - THE STAR

Kedai Gunting Rambut , Barbershop , Hipster

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan