suria

Genius! Kenali 5 manusia paling bijak di dunia

Kenali lima figura paling genius di dunia.

GENIUS sesuatu yang subjektif. Golongan ini tidak boleh dinafikan dengan sumbangan besar terhadap masyarakat dan negara.

Mereka mampu mengubah sesuatu perkara yang sukar menjadi mudah dan juga cuba mencari jalan penyelesaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali belajar berjalan semula kerana kanser tulang, Natalia Harris kini model terkenal walau berparut di kaki!

Jom kenali lima manusia paling bijak di dunia sehingga kini.

1. Gary Kasparov

Kasparov merupakan master dalam acara catur.

Kasparov merupakan master dalam permainan catur dan bekas juara dunia.

Kasparov kelahiran Rusia-Croatia dianggap pemain catur paling hebat sepanjang zaman melepasi rekod seorang lagi pemain catur iaitu Magnus Carlsen pada tahun 2013. Beliau mempunyai IQ yang tinggi 190 mata.

2. Kim Ung-Yong

Ung-Yong menguasai empat bahasa pada usia tiga tahun.

Kim Ung-Yong lahir di Korea pada 1962.

Dia menjadi terkenal selepas dianggap sebagai anak paling luar biasa di dunia sejak berusia tiga tahun selepas dapat membaca dalam empat bahasa iaitu Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris.

Ung-Yong kini dianggap sebagai orang pintar pada 2018 dengan jumlah sebanyak IQ 210 mata.

Tambahan pula, pada usia tiga tahun dia sudah menghadiri kelas fizik di Universiti Hanyang Universiti.

Pada usia tujuh tahun Amerika Syarikat menjemputnya untuk bekerjasama di Nasa.

3. Christopher Hirata

Hirata memperolehi ijazah kedoktoran pada usia 22 tahun.

Hirata adalah seorang ahli fizik Amerika yang dilahirkan pada 1982.

Pada usia 16 tahun dia bekerja di Nasa dalam misi untuk menakluk planet Marikh.

Hirata mendapat ijazah kedoktorannya di Universiti  Princeton  pada usia 22 tahun dan IQnya adalah 225 mata.

Kini dia mengajar astrofizik di CIT, Institut Teknologi California.

4. Terence Tao

Terence bergelar sebagai profesor di UCLA pada usia 24 tahun.

Terence Tao adalah seorang ahli matematik Australia yang dilahirkan pada 1975.

Dia kini merupakan salah seorang daripada insan paling pintar yang tersenarai pada akhir 2018 dengan memiliki  IQ luar biasa sebanyak 230 mata.

Pada usia 20 tahun dia mendapat ijazah kedoktoran di Universiti Princeton dan empat tahun kemudian pada usia 24 dia menyertai UCLA (Universiti California Los Angeles) sebagai profesor termuda sejak penubuhannya.

Sehingga hari ini dia bekerja dalam bidang analisis harmonik, persamaan pembezaan separa, kombinasi tambahan, teori matriks rawak, dan teori nombor analitik.

5. Grigori Perelman

Perelman menduduki takhta paling bijak di dunia.

Perelman adalah seorang ahli matematik yang sangat dihormati di Kesatuan Soviet pada 1966.

Sehingga hari ini Perelman dikenali sebagai orang yang paling bijak di muka bumi. Dia mencatat IQ 238 mata.

Sumbangannya terbesarnya kepada dunia apabila berjaya menyelesaikan satu hipotesis matematik yang mula dicadang sejak 1904 lagi.

Perelman telah menyelesaikanThurston's Geometrization Conjecture  yang dianggap hipotesis matematik paling penting dan sukar untuk dibuktikan.

Sehingga kini dia masih menduduki takhta orang paling bijak di dunia. -Strangelist

Manusia, Bijak, Genius

Artikel Lain