Dua kali belajar berjalan semula kerana kanser tulang, Natalia Harris kini model terkenal walau berparut di kaki! - Figura | mStar

Dua kali belajar berjalan semula kerana kanser tulang, Natalia Harris kini model terkenal walau berparut di kaki!

Natalia Harris menulis perkataan 'cancer survivor' pada parut kakinya sepanjang 15 inci ketika berjalan di pentas peragaan pertunjukan fesyen Mercedes Benz 2017.

NATALIA Harris baru berusia 12 tahun ketika doktor memberitahu kesakitan yang dialami di bahagian peha kanannya adalah disebabkan kanser tulang.

Tumor sebesar saiz buah limau di bahagian femur kakinya yang dipanggil Osteosarcoma ketika itu berisiko untuk memecahkan tulangnya sekaligus menyebarkan sel kanser ke seluruh tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tonton wayang selepas disahkan hidap kanser - “Suami patut mencintai diri anda bukan payudara anda”

Pada usia masih muda, Natalia yang kini berusia 23 terpaksa menjalani kemoterapi agresif selain pembedahan membuang tulang femur tersebut dan menggantikannya dengan titanium prostetik.

Cabaran paling besar buat Natalia ketika itu adalah untuk belajar berjalan semula, namun selepas berjaya mengharunginya, titanium prostetik yang dipasang pada kakinya bermasalah pada 2016.

Natalia kini antara model yang sedang meningkat naik di Amerika. 

Belajar berjalan buat kali kedua

Keadaan itu telah memaksa anak kelahiran Manhattan, New York itu belajar untuk berjalan semua buat kali keduanya! 

Namun Natalia berjaya melalui detik mencemaskan dalam hidupnya kerana tidak mahu impiannya bergelar model peragaan musnah hanya kerana tidak mampu berjalan.

"Ketika melakukan terapi fizikal dan belajar berjalan semula buat kali kedua sejujurnya ia tidak mudah.

"Bagaimanapun saya tidak mahu jadikan kanser sebagai halangan untuk mengejar cita-cita saya sebagai model peragaan. Setiap kali saya hadir untuk terapi fizikal, saya sifatkan ia sebagai kelas belajar catwalk.

"Sejak usia dua tahun saya sudah memasang impian mahu jadi model... Saya selalu memakai kasut tumit tinggi ibu dan catwalk satu rumah," katanya yang mempunyai parut sepanjang 38 sentimeter pada peha kanannya.

Pada usia 12 tahun, Natalia terpaksa menanggung derita akibat kanser. 

Guna tongkat takut kaki kena potong

Menyingkap pengalamannya berjalan semula, Natalia memberitahu dia pernah menggunakan tongkat kerana doktor bimbang femur kakinya akan pecah akibat perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 10 kali.

Natalia berkata, dia sangat patuh dengan arahan doktor kerana tidak mahu kakinya dipotong sekaligus memusnahkan impiannya untuk bergelar model.

"Jika saya tidak jaga betul-betul atau meletakkan beban pada kaki, ada kemungkinan kaki saya akan dipotong.

"Selepas disahkan kanser tulang memang saya sentiasa gunakan tongkat sehinggalah saya menjalani pembedahan membuang tumor dan menggantikan femur dengan titanium prostetik.

Natalia pernah bergelar model untuk program Project Runway All Stars tahun lalu. 

Bangga tunjuk parut 38 sentimeteri di pentas peragaan 

Kesabarannya dan semangat melawan penyakitnya akhirnya membuahkan hasil apabila dia diterima untuk menjadi model Mercedes Benz dua tahun lalu.

Bagi meraikan kejayaan itu, Natalia turut menulis cancer survivor pada kaki kanannya ketika berjalan di pentas peragaan acara itu.

"Industri fesyen terkenal dengan kesempurnaan dan saya adalah contoh yang tidak memiliki ciri-ciri itu kerana parut sepanjang 38 sentimeter di kaki.

"Tetapi saya bangga apabila dapat menyampaikan mesej yang sangat besar kepada penonton yang saya ada kanser dan ia tidak pernah membuatkan saya berhenti  mengejar impian sebagai model," katanya yang berharap kisahnya dapat menjadi inspirasi kepada orang lain.

Kini kerjayanya diuruskan oleh sebuah agensi peragaan terkenal di Amerika Syarikat iaitu State Management dan kata, Natalia memberitahu dia akan terus mempamerkan parut di kakinya dalam usaha berkongsi kisahnya kepada dunia.

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain