Pelanggan minta diskaun, Gustiar tetap beri - “Nanti mereka datang lagi” - Figura | mStar

Pelanggan minta diskaun, Gustiar tetap beri - “Nanti mereka datang lagi”

Gustiar Ariffin menjual pelbagai buah-buahan di Puchong, Selangor.

"SAYA tak mahu senyum sangat (untuk bergambar). Gigi dah tidak cukup," kata Gustiar Ariffin sebelum menunjukkan giginya ke arah lensa kamera.

Gustiar mungkin malu untuk bergambar tetapi personalitinya terus berubah apabila pelanggan mendekati lorinya.

Dia nampak yakin dan menyapa pelanggan seperti rakan lama. Selama lebih 30 tahun, Gustiar menjual buah-buahan dan dia gembira dengan pekerjaannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berusia 25 tahun, pemuda ini abadikan hidup bantu kanak-kanak tanpa dokumen - “Teruskan usaha hingga ke akhir hayat”

Berniaga di kawasan Puchong, Gustiar menjual pelbagai jenis buah-buahan termasuk duku langsat, rambutan dan mangga.

Malah sesi menemubualnya juga sering terganggu apabila pelanggan tidak putus-putus singgah membeli buah di gerai bergeraknya.

"Saya biasanya akan jual buah-buahan mengikut musim dan Alhamdulillah pelanggan pun suka buah yang dijual," katanya yang kini berusia 58 tahun.

Dengan menjual buah-buahan, Gustiar mampu menyara keluarga serta enam anak-anaknya. 

Jika diperhatikan, keramahan Gustiar adakalanya disalahgunakan oleh pelanggan yang cuba meminta diskaun daripadanya.

"Apa yang boleh saya buat adalah untuk memastikan pelanggan gembira, jadi mereka akan datang lagi nanti," katanya yang mengakui perniagaan buah-buahan itu adalah sumber pendapatan tetapnya.

Gustiar menjalankan perniagaan tersebut bersama adiknya dan dia memberitahu selesa bekerjasama dengan ahli keluarga sendiri.

"Adalah lebih baik menjalankan perniagaan dengan adik-beradik sendiri, kurang masalah. Dari segi kewangan juga lebih selamat," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Gustiar memberitahu dia mendapatkan bekalan dari seluruh Malaysia mengikut musim.

"Duku langsat biasanya kami dapatkan dari Terengganu, rambutan dari Kelantan. Saya cuba untuk tidak menjual buah-buahan yang diimport kerana lebih baik menyokong produk tempatan yang tidak kurang hebat kualitinya," ujarnya yang memberitahu musim durian adalah paling sibuk.

Apa yang boleh saya lakukan kalau pelanggan minta diskaun? Saya perlu memastikan mereka gembira, jadi mereka akan datang lagi nanti,

GUSTIAR ARIFFIN

PENIAGA BUAH-BUAHAN 

Meskipun menetap di Gombak, Gustiar memberitahu dia sanggup menempuh perjalanan sejauh 30 kilometer untuk menjual buah-buahan di Puchong kerana sudah lebih 10 tahun berniaga di situ.

"Sudah 10 tahun saya berniaga di sini dan ramai pelanggan dari sekitar kawasan Puchong. Saya tidak terfikir untuk berpindah ke kawasan baharu," jelasnya.

Mempunyai enam anak, Gustiar bagaimanapun memberitahu anak-anaknya tidak menunjukkan minat untuk meneruskan perniagaannya.

"Anak bongsu saya pasangan kembar tiga dan mereka kini sudah berusia 15 tahun. Saya tidak mahu menekan mereka supaya mengambil alih perniagaan saya sebaliknya biarlah anak-anak memilih sendiri apa yang terbaik untuk hidup mereka.

Biar panas atau hujan, kata Gustiar dia tetap akan membuka gerainya dari pukul 1 hingga 6 petang setiap hari.

"Saya bukan seorang penjual yang akan lesap selepas mendapat keuntungan. Di bumi bertuah ini, pasti akan ada benda yang boleh dijual setiap hari," katanya.

Gustiar Ariffin , Puchong , Rambutan , Durian , Langsat

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain