suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bawang rupanya bantu atasi masalah anak batuk, hidung tersumbat... Cuba ikut cara ini!

Bawang merah diletakkan di telapak kaki dan dibiarkan selama kira-kira satu jam. -Foto Facebook Pertanian Satu Perniagaan

KANAK-KANAK sememangnya mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit terutama batuk dan selesema.

Malah gejala yang dialami mereka pula mudah menjangkiti golongan dewasa terutama para ibu.

Bagaimanapun, anda boleh mengatasinya dengan mengamalkan kaedah rawatan tradisional yang menggunakan tumbuh-tumbuhan.

Di Facebook, laman Pertanian Satu Perniagaan berkongsi kaedah rawatan menggunakan bawang merah bagi mengatasi gejala batuk dan hidung tersumbat pada waktu malam.

Bukan sahaja masalah kesihatan diatasi, anda serta anak-anak dapat menikmati tidur nyenyak dan selesa.

Untuk pengetahuan anda, bawang merah bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan jantung, mengatur kadar gula darah dan memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana kaya dengan antioksidan seperti quercetin dan vitamin C.

Cara-caranya:

1. Potong bawang secara membulat dalam setengah inci.

2. Kemudian letakkan di telapak kaki dan pakai stokin.

3. Biarkan selama 20 minit hingga satu jam dan tanggalkan.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia