suria

Fikir sendiri cara rawat sakit belakang, lelaki suntik air mani selama 18 bulan... Doktor terkejut tengok hasil imbasan

Rawatan tanpa pengawasan pakar atau doktor boleh memudaratkan diri. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN pelik seorang lelaki menyuntik air mani sendiri ke dalam tubuh bagi merawat masalah sakit belakang yang dialami hampir meragut nyawanya.

Seorang doktor dari Thailand, Dr Werasak Charaschaidri, berkongsi kes mengejutkan ini di laman Facebook miliknya pada Rabu lalu.

Menerusi hantaran tersebut, Waresak mendedahkan bahawa pesakit berusia 33 tahun itu hadir ke hospital dengan mengadu sakit belakang kronik.

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit mengaku telah menyuntik air maninya sendiri ke dalam lengan dan kaki secara berkala selama 18 bulan.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan kerana percaya ia dapat meredakan kesakitan.

Menurut Dr Werasak, keadaan pesakit semakin memburuk apabila bahagian belakangnya menjadi merah, bengkak dan sakit apabila disentuh. 

Sakit belakang biasanya berlaku kepada golongan lebih berumur. -Gambar hiasan AISakit belakang biasanya berlaku kepada golongan lebih berumur. -Gambar hiasan AI

Susulan itu, pasukan perubatan menjalankan imbasan CT bagi mengenal pasti punca sebenar.

Hasilnya, doktor menemui 'subcutaneous abscess', iaitu kantung nanah di bawah kulit yang berpunca daripada suntikan bahan tidak steril (air mani).

Pesakit kemudiannya menerima rawatan antibiotik melalui saluran darah dan nanah dikeluarkan secara klinikal. 

Ujian lanjut mendapati beberapa jenis bakteria telah menjangkiti sistem badannya.

Apa yang lebih membimbangkan, lelaki tersebut mengaku bahawa idea suntikan itu adalah hasil pemikirannya sendiri tanpa sebarang rujukan perubatan atau nasihat pakar.

Dr Werasak turut menegaskan bahawa dia tidak merawat secara langsung pesakit itu, namun maklumat diperoleh adalah daripada sumber perubatan yang boleh dipercayai. 

Dia mengakui kisah itu mungkin mencetuskan perdebatan, namun ia penting sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak mencuba rawatan yang tidak terbukti secara saintifik. -Agensi

Artikel Lain