suria

Boleh ke lewat sarapan ketika sedang diet? Doktor beri tip tak membebankan jika mahu kurus

Dr Asyraf menasihatkan mereka yang mahu diet supaya melewatkan sarapan. -Gambar hiasan

BANYAK sebenarnya tip dan teknik untuk menurunkan berat badan yang boleh didapati dengan mudah di internet.

Namun, kita kadang kala keliru kerana tidak tahu cara manakah yang terbaik untuk tubuh kita.

Bagi anda yang tidak mahu melakukan diet ekstrem, apa kata mulakan langkah seperti yang disarankan oleh seorang doktor perubatan ini.

Menurut perkongsian Dr Asyraf Sam, anda boleh memulakan diet dengan melambatkan waktu sarapan pagi.

"Untuk anda yang obesiti dan tak tahu kat mana nak mula diet tahun ni, kita mulakan dengan lambatkan sarapan pagi dulu.

Interview with kopitiam propriorter who is offering RM5 breakfast and other cheap offerings as part of Menu Ramah spirit. Will also do Street Grub at the same time. —SAMUEL ONG/ The Star

Antara menu sarapan yang digemari ramai. -Gambar hiasan

"Yang ni bergantung pada masa kita sendirilah. Kalau anda sarapan pukul 8, cuba lewatkann sampai pukul 9 dulu

"Dalam tempoh itu, minum air masak banyak-banyak," ujarnya menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok.

Menurut Dr Asyraf lagi, anda boleh mencuba langkah itu secara perlahan-lahan sebelum dilewatkan lagi sehingga ke tengah hari.

"Kemudian lakukan secara beransur-ansur. Kalau boleh, lagi lewat lagi bagus.

"Kalau dulu, saya buat sampai pukul 12 tengah hari baru saya mula makan," kongsinya lagi.

Artikel Lain