suria

Adik dendam dengan kakak kes ‘hidung busuk’, kahwin pun tak jemput! Cuba 5 tip ini pulih hubungan adik beradik

Sesetengah masyarakat melihat pergaduhan antara adik-beradik sebagai sesuatu yang normal.

NEGARA pernah digemparkan dengan insiden menyayat hati yang mana seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut akibat terkena pisau yang dilempar kakaknya.

Konflik antara adik-beradik bukanlah perkara baharu dalam masyarakat, malah ia kadang kala berlarutan sehingga usia dewasa mahupun apabila masing-masing sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

Seperti luahan seorang wanita di laman Twitter, dia mengakui pernah membuli adik lelakinya kerana cemburu.

Ia bermula apabila mereka memasuki alam persekolahan.

"Saya darjah 2 manakala adik darjah 1, pergi sekolah dengan bas. Adik saya pandai sehingga saya rasa cemburu tengok keputusan peperiksaan dia.

"Entah syaitan apa rasuk, saya mula rancang nak kenakan adik supaya orang lain tidak suka dia," katanya yang kemudian meminta rakan-rakan menggelarkan adiknya 'hidung busuk'.

Luahan seorang wanita yang mengaku pernah membuli adiknya.

Luahan seorang wanita yang mengaku pernah membuli adiknya.

Tambahan pula si adik mempunyai masalah sinus yang teruk dan akan bersin setiap pagi.

Tidak berhenti begitu saja, dia kemudian berjumpa dengan kawan kelas adiknya dan menyatakan mulut si adik berbau busuk selain turut meminta supaya mereka tidak bercakap bersama bagi mengelakkan muntah.

Kadang kala saya ganggu dia dengan pasang lagu kuat-kuat supaya dia marah tapi sebaliknya, dia duduk dalam bilik atau pergi ke surau kampung.

KAKAK

"Pada masa tu, saya suka tengok dia menangis. Tiada siapa nak berkawan dengan adik, masa rehat pun dia sendirian... kalau orang datang, dia akan lari sebab takut diejek.

"Namun disebabkan dia pandai, cikgu menyukainya dan melantik dia menjadi ketua kelas, pengawas serta atlet," tambahnya yang menyedari adik berubah sikap menjadi semakin pendiam.

Apabila berada di sekolah menengah, adiknya berjaya memasuki sekolah asrama penuh dan kembali bangkit disebabkan persekitaran serta kawan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang keluarga? Suami pun boleh ‘berkorban’ guna kaedah vasektomi, isteri tak perlu makan pil perancang

Kesan yang dialami semasa kanak-kanak membuatkan dia enggan pulang ke rumah walaupun cuti persekolahan melainkan tiada sesiapa yang tinggal di asrama.

"Di rumah dia langsung tak bercakap dengan saya dan seolah-olah buat saya tidak wujud di matanya.

"Kadang kala saya ganggu dia dengan pasang lagu kuat-kuat supaya dia marah tapi sebaliknya, dia duduk dalam bilik atau pergi ke surau kampung," ujarnya yang cuba menjernihkan hubungan persaudaraan mereka kembali.

Mengakui menyesal dengan tingkah lakunya masa kecil, dia turut meluahkan rasa sedih kerana adiknya tidak membenarkan dia menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan malah sosial media dan juga nombor telefon disekat.

famili

Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting bagi mengelakkan konflik antara anak-anak berterusan.

Cara tangani

Keluarga merupakan pengaruh yang paling kuat dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang.

Memetik perkongsian daripada MyHealth, membina hubungan dengan ahli keluarga termasuk adik-beradik merupakan sebahagian daripada proses sosialisasi yang mana persekitaran keluarga yang baik dan hubungan positif antara ahli keluarga dapat meningkatkan harga diri, rasa selamat, keyakinan dan kemahiran bersosial dalam kalangan remaja.

Susulan pendedahan tersebut, mStar senaraikan peranan yang boleh dilakukan ibu bapa mahupun penjaga bagi memulihkan kembali konflik yang berlaku antara adik-beradik.

1. Bantu anak-anak menangani masalah seperti perbezaan pendapat, kemarahan, kekecewaan, penyesalan, iri hati, sedih, dan kecewa.

2. Fahami perasaan anak-anak dan dengar luahan mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak atau membuat penilaian.

3. Jangan libatkan diri dalam konflik anak-anak. Sebaliknya bimbing anak-anak mengatasi emosi atau masalah yang dihadapi.

4. Didik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran menangani kemarahan, cara menenangkan perasaan, berunding, menyelesaikan konflik dan lain-lain.

5. Tingkatkan keyakinkan anak-anak agar dapat menyelesaikan masalah dengan bijak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan