suria

Lelaki, perempuan makin ketagih hisap shisha... Rupanya nikotin tiba ke otak dalam 10 saat selepas sedutan

Shisha terdapat dalam berbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama berbeza.

AKTIVITI menghisap shisha terus menjadi budaya dalam masyarakat di negara ini, khususnya dalam kalangan anak muda.

Bukan sahaja lelaki, malah kaum Hawa juga kelihatan tidak segan silu menghembus asap shisha ketika melepak di kedai makan.

Apa itu shisha? Ia merujuk kepada aktiviti menghisap tembakau berperisa menggunakan peralatan paip air.

Ia merupakan satu kaedah tradisional untuk menghisap tembakau dan merupakan satu tradisi simbolik dalam kalangan budaya tertentu.

Menurut portal MyHealth, ia diberi nama shisha (paip air) bagi melambangkan ciri alat tersebut; iaitu asap dilalukan ke air sebelum ianya disedut.

Shisha terdapat dalam berbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama bergantung kepada negara dan budaya.

Antara nama lain shisha adalah Hookah, Huqqa, Arghile, Narghile, Hubble Bubble, Goza, dan Boori.

Adakah menghisap shisha selamat berbanding menghisap rokok?

Bahaya menghisap shisha adalah sama dengan bahaya menghisap rokok. Produk tembakau sama ada dalam bentuk shisha atau rokok serta apa jua bentuk yang lain mengandungi nikotin.

553

Shisha membawa risiko penyakit berjangkit seperti tuberkulosis dan hepatitis.

Nikotin menyebabkan ketagihan. Pada setiap sesi menghisap shisha, anda menelan 100 hingga 200 kali ganda lebih asap dan sehingga 1.7 kali ganda nikotin berbanding menghisap sebatang rokok.

Air yang dianggap sebagai penapis tidak dapat menapis semua bahan kimia penyebab kanser.

Kesan buruk menghisap shisha termasuklah:

1. Ketagihan

Nikotin tiba ke otak dalam masa kira-kira 10 saat selepas sedutan. Oleh itu, ketagihan boleh berlaku walaupun selepas beberapa sesi shisha.

Gejala gian kerana berhenti menghisap shisha termasuklah rasa resah, letih, sakit kepala, berdenyut-denyut dan murung.

2. Keracunan karbon monoksida

Pembakaran arang menghasilkan karbon monoksida serta logam berat lain yang karsinogenik.

3. Kanser dan penyakit

Selain kanser paru-paru dan kanser mulut, ia juga membawa risiko penyakit berjangkit seperti tuberkulosis dan hepatitis, herpes, aspergillus dan jangkitan Helikobakter.

4. Berbahaya kepada perokok pasif

Individu berdekatan yang tidak menghisap tetapi tersedut asap shisha dipanggil perokok pasif.

Mereka mempunyai risiko yang sama seperti penghisap shisha.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain