suria

Ibu tak senang hati, anak juling diejek kawan-kawan sekolah... Betul ke boleh rawat dengan suntikan botox?

Mata juling, ia sebenarnya terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari atau sejajar dan melihat ke arah yang berlainan. Foto: ZHAFARAN NASIB/The Star

MATA juling bukanlah satu benda yang pelik, malah ia biasa dilihat dalam kalangan masyarakat kita.

Namun, ada juga kanak-kanak yang mengalami mata juling diejek oleh rakan-rakan di sekolah sehingga memberi tekanan kepada ibu bapa.

Bagi yang kurang mengerti mengenai mata juling, ia sebenarnya terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari atau sejajar dan melihat ke arah yang berlainan.

Satu mata memandang ke hadapan manakala mata di sebelahnya memandang sama ada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.

Menurut perkongsian di portal MyHealth, mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan. Ia terjadi dalam kalangan dua hingga lima peratus kanak-kanak.

1. Sebab-sebab mata juling

Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui.

Foto ADOBE STOCK

Jika tidak dirawat dengan cepat, ia boleh mengakibatkan pandangan kabur yang berkekalan. Foto: Adobe Stock.

Ia boleh berlaku disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.

Rabun dekat (hiperopia) juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam. Mata juling adalah lebih lazim dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.

2. Tanda-tanda dan gejala

Tanda dan gejala utama ialah kedudukan mata yang tidak selari atau sejajar. Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud sekali-sekala.

ARTIKEL BERKAITAN: Suntikan botox di ketiak? Bukan untuk tegangkan kulit berlipat tapi...

Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.

Walau bagaimanapun, mata yang benar-benar juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.

3. Kesan mata juling

Mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna disebabkan ambliopia (mata malas).

Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun), ini boleh mengakibatkan pandangan kabur yang berkekalan.

Lebih awal ambliopia dirawat, lebih baik prognosis (kebarangkalian) untuk pulih.

The problem of nearsightedness among children has been increasing in recent years due to several factors including the cramped environment and the frequency of using gadgets without parental supervision.( Aug 06, 2022 )— LIM BENG TATT/The Star

Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan. Ia terjadi dalam kalangan dua hingga lima peratus kanak-kanak.

Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan tiga dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman atau ketebalan sesuatu objek.

Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak itu juling.

4. Rawatan yang ada

Mata juling memerlukan pemeriksaan awal oleh doktor mata. Cermin mata juga mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun dekat (hiperopia).

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ambliopia (mata malas), menampal atau menutup mata yang mempunyai penglihatan yang baik boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling.

Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.

Pembedahan boleh merawat mata juling dengan agar kembali sejajar atau selari. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas.

Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.

Suntikan botox pada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain