suria

Anak ketagih nafsu songsang, tak malu tayang di media sosial! Kaunselor risau, beri amaran buat ibu bapa

Gajet disebut sebagai antara punca berlakunya pendedahan awal kepada LGBT dalam kalangan orang muda. Foto: 123rf.

MANA hilangnya rasa malu?

Mungkin itulah soalan yang sering ditanya setiap kali 'melintasnya' video serta foto berunsurkan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) yang kini semakin galak dipaparkan secara terbuka.

Selain Twitter, segelintir anak muda turut berkongsi kisah cinta songsang serta aksi mesra bersama pasangan sejenis menerusi TikTok biarpun tahu ia merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam agama Islam.

Kaunselor berdaftar dan perunding motivasi, Hushim Salleh berkata, gajet merupakan salah satu punca utama yang membawa pengaruh terhadap perilaku songsang itu.

"Saya kaunselor, saya ada klinik persendirian dan sudah banyak saya kendalikan kes LGBT. Tapi hari ini saya nak bercakap kepada semua ibu, tolonglah kawal daripada segi (penggunaan) gajet.

"Banyak kes akhir-akhir ini yang saya lakukan, terutama golongan gay, muda-muda, budak-budak lagi. Umur 13, 14, 15 dan ada yang di universiti yang terlibat dengan gay ini.

hushim1

Hushim berkata ibu bapa juga perlu lebih peka dengan anak-anak yang duduk di asrama.

"Dan apabila saya tanya, mereka kata banyak mereka explore dalam gajet. Tekan je, ada... Jadi ibu bapa kena tahu, kena kawal, supaya anak-anak tak terlibat dengan LGBT," ujarnya.

Menurut Hushim, LGBT terang-terangan merupakan perbuatan yang ditegah ajaran Islam dan ibu bapa perlu membuat pemantauan tegas ke atas anak-anak mereka.

Dalam perkongsian video di TikTok miliknya, Hushim berkata dia juga pernah berdepan kes lelaki gay yang mendirikan rumah tangga dengan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan minyak pengasih laris di Facebook! Ramai guna pikat bakal mentua, produk untuk gay pun dijual

"Banyak kes saya kendalikan di klinik saya. Termasuk juga yang dah kahwin. Kahwin tapi isteri tak disentuh, masih dara lagi. Suami gay, ramai jumpa saya.

"Jadi jaga anak-anak masing-masing. Sebab ini dah menjadi trend ketika ini, dan mereka tak malu lagi dah. Dan ada negara yang iktiraf perkahwinan sejenis.

"Di Malaysia pun ramai, yang kahwin duduk serumah. Biasa dia duduklah di tempat-tempat yang orang susah nak jumpa. Jadi pada semua, saya harap, ibu bapa jaga dan didik anak dengan kasih sayang. Peluk anak selalu," ujarnya.

Tambah Hushim, ibu bapa juga perlu lebih peka dengan anak-anak yang duduk di asrama kerana pernah berdepan banyak kes sedemikian.

657882

Kaunselor mendedahkan ada budak berusia 13 tahun terlibat dalam kancah LGBT.

Pesannya lagi, anak-anak perlu dididik daripada awal memandangkan sukar untuk mengubah mereka ke pangkal jalan sekiranya sudah ketagih dengan nafsu songsang.

"Dan anak-anak yang duduk asrama tu, jaga sikit. Sebab apa, banyak kes saya kendalikan. Sebagai kaunselor, saya kena bercakap perkara ini bahawa LGBT hari ini merupakan ancaman kepada kekeluargaan dan agama kita.

"Orang perempuan ramai... kahwin. Tapi orang macam ni biasanya tak minat perempuan, dia minat lelaki. Jaga anak kita tuan puan, ini amaran saya.

"Kalau dah kena, ketagih, susah untuk kembali ke pangkal jalan. Ada jalan kaunseling, saya banyak buat kaunseling untuk yang nak balik ke pangkal jalan, tapi ambil masa.

"InsyaAllah dan kita beri peluang untuk mereka kembali dan bertaubat. Allah suka kepada orang yang bertaubat dan beramal soleh," ujarnya mengakhiri bicara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain