suria

Doktor dedah ramai ada masalah pendengaran selepas pandemik, pakai fon telinga terlalu lama

Fon telinga yang digunakan secara melampau membawa kesan buruk buat pengguna.

PENGGUNAAN fon telinga merupakan satu kelaziman dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini.

Bukan sahaja untuk penggemar muzik, ia turut digunakan untuk perbualan telefon, mesyuarat dalam talian dan sebagainya.

Pakar kesihatan bagaimanapun memberi amaran bahawa amalan yang kelihatan tidak berbahaya ini sebenarnya boleh membawa kesan yang serius.

Presiden Persatuan Pakar Amalan Perubatan Swasta Malaysia Datuk Dr Balwant Singh Gendeh berkata penggunaan aksesori itu yang dimasukkan ke dalam telinga (in-ear headphones) akan membawa lebih banyak kesan buruk jika dibandingkan dengan jenis di luar telinga (over-the-ear headphones).

file676uadz9l03cego7bxd

Pengguna disarankan agar mengambil rehat lima minit untuk setiap 30 minit penggunaan.

“Reka bentuk in-ear headphones meletakkan tunas ke dalam telinga yang menyalurkan bunyi lebih dekat ke dram dan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk menyebabkan kerosakan pendengaran.

Over-the-ear headphones pula diletakkan pada telinga luar yang menghasilkan jarak yang lebih jauh dari bunyi ke gegendang,” kata Dr Balwant yang juga pakar dalam bidang otorinolaringologi dan perunding kanan pakar bedah telinga, hidung dan tekak.

Beliau juga menjelaskan bagaimana kehilangan pendengaran boleh berlaku akibat mendengar muzik yang kuat melalui aksesori itu dalam tempoh masa yang lama.

“Gelombang bunyi masuk melalui telinga luar dan bergerak melalui saluran telinga yang menuju ke gegendang telinga, yang kemudiannya bergetar dan menghantar getaran ke tiga tulang di tengah telinga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahi telinga boleh 'ceritakan' tahap kesihatan anda, jika cokelat ertinya stres... jangan abaikan 5 petanda ini!

“Tulang ini kemudiannya menguatkan atau meningkatkan getaran dan menghantarnya ke telinga dalam yang dipanggil koklea yang mengandungi sel deria.

"Kehilangan pendengaran pula berlaku apabila getaran yang berlebihan berlaku dalam tempoh yang berpanjangan dan menyebabkan sel rambut dalam koklea rosak," kata Dr Balwant.

Tambah beliau, kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan lebih satu bilion orang dewasa muda berisiko kehilangan pendengaran akibat pendedahan bunyi yang kuat.

"Ini mungkin disebabkan oleh muzik yang kuat di kelab, konsert atau bar tetapi punca terbesar adalah mendengar muzik yang menusuk telinga melalui fon telinga," katanya.

1724955

Datuk Dr Balwant Singh Gendeh (kiri) dan Prof Dr Shamsul Bahri Mohd Tamrin (kanan) berkongsi mengenai kesan buruk penggunaan fon telinga secara melampau.

Saran Dr Balwant, pengguna boleh mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengambil rehat lima minit untuk setiap 30 minit penggunaan.

Beliau juga menyatakan bahawa sekatan pergerakan sejak dua tahun lalu akibat Covid-19 menyaksikan peningkatan pesakit yang datang kepadanya untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah pendengaran.

“Memandangkan hampir semua orang bekerja dari rumah dan menggunakan fon kepala dalam tempoh pandemik, terdapat juga kes yang mana sesetengah fon telinga tersangkut di dalam telinga mereka, menyebabkan kehilangan pendengaran sementara," ujarnya.

Dalam pada itu, Pakar Kesihatan dan Ergonomik Pekerjaan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Shamsul Bahri Mohd Tamrin berkata kehilangan pendengaran akibat penggunaan fon telinga pada intensiti tinggi tidak akan dirasai serta-merta sebaliknya dua hingga tiga tahun akan datang.

Picture of people using wireless or small ear phone picture. (don't want big ear phone) - story on hearing problem after to much using ear phone for music,games, etc. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Kelihatan tidak berbahaya namun penggunaan aksesori itu sebenarnya boleh membawa kesan yang serius.

“Mendengar bunyi kelantangan tinggi tidak akan menyebabkan sebarang penyakit jika dilakukan secara sekali sahaja, tetapi jika dilakukan secara konsisten dalam tempoh yang berpanjangan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.

“Kehilangan pendengaran di sini bagaimanapun tidak bermakna orang itu akan pekak sebaliknya menyebabkan mereka tidak dapat mengambil frekuensi tertentu dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau juga menyatakan bagaimana penggunaan fon kepala perlu dilakukan secara berselang-seli.

"Kuncinya di sini ialah kesederhanaan yang mana seseorang harus berehat jika menggunakan fon kepala pada volume yang tinggi.

"Pada masa yang sama, penggunaan pembesar suara juga merupakan alternatif yang berdaya maju kepada penggunaan fon kepala jika digunakan untuk tujuan santai," katanya sambil menambah bahawa kehilangan pendengaran adalah isu terbesar dalam kesihatan pekerjaan diikuti oleh penyakit muskuloskeletal. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain