suria

Rapikan bulu, buat senaman kegel antara 5 perkara si teruna perlu fokus menjelang hari perkahwinan

Pengantin lelaki dinasihatkan agar mempersiapkan mental dan fizikal menjelang hari bahagia mereka. Foto: Christin Klose/dpa.

BAKAL pengantin pastinya 'pening kepala' memikirkan 1,001 persiapan yang perlu diselesaikan menjelang hari bahagia mereka.

Selain sibuk menguruskan hal jemputan, makanan, pelamin, dan hantaran, bakal pengantin juga perlu mengambil berat soal penjagaan diri, khususnya menjelang malam pertama.

Untuk si teruna, mereka pasti gementar untuk bergelar suami, namun semua itu tidak perlu dirisaukan jika mereka sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.

553 (3)

Selain bersenam di gim, bakal pengantin juga boleh membuat senaman secara percuma di rumah atau di taman-taman riadah.

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh mereka lakukan menjelang hari perkahwinan:

1. Penjagaan wajah

Berada di pelamin sambil disaksikan ratusan jemputan pastinya akan menimbulkan rasa gugup buat pengantin, apatah lagi jika mereka mempunyai masalah kulit yang akan menjejaskan keyakinan diri.

Selain penjagaan kebersihan wajah yang asas, bakal pengantin seharusnya mengeluarkan sedikit belanja untuk mendapatkan rawatan wajah di spa atau pusat kecantikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar gagal ereksi, kepala jadi botak mungkin tanda hormon testosteron anda rendah... ini 7 petandanya!

Jika segan untuk ke spa yang biasanya dipenuhi kaum Hawa, anda boleh sahaja berkunjung ke spa yang dikhususkan untuk lelaki sahaja.

2. Jaga pemakanan

Si teruna boleh mendapatkan suplemen dalam bentuk pil, kapsul, tablet, cecair atau serbuk bagi mendapatkan sumber makanan berkhasiat bagi kekal sihat menjelang hari bahagia.

Selain itu, boleh juga amalkan konsep suku-suku separuh. Panduan pemakanan sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini merupakan teknik visual pantas yang membantu anda untuk serta-merta mengenal pasti sama ada sesuatu hidangan itu sihat dan seimbang atau tidak.

file7jz1w6o7q821cc10v9ep

Bakal pengantin juga perlu menjaga pemakanan menjelang hari bahagia.

Suku-suku separuh ialah panduan pengambilan hidangan tunggal. Anda hanya perlu “membahagikan” pinggan anda seperti berikut:

-1/4 pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh

-1/4 pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur

-1/2 pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran

3. Jaga stamina

Bakal pengantin mestilah menjaga badan untuk nampak segak ketika mengenakan busana perkahwinan. Dapatkan berat badan ideal untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan terbaik.

Jika tidak mahu mengabiskan wang di gim, boleh sahaja anda bersenam di rumah secara sendiri. Paling tidak, anda juga boleh berjoging setiap petang untuk mengekalkan kecergasan diri.

4. Senaman batin

Antara persiapan paling mustahak tentunya soal batin si teruna. Bakal pengantin boleh melakukan senaman kegel sekerap mungkin dalam tempoh beberapa bulan sebelum berkahwin.

men5

Selain persiapan luaran, persiapan dalaman juga wajar diberi perhatian.

Senaman ini dikatakan dapat membantu pengantin lelaki untuk mengekalkan stamina mereka ketika bersama isteri. Ia juga dikatakan mampu mengatasi masalah cepat pancut dalam kalangan lelaki.

Selain itu, mereka juga perlu menjaga kebersihan alat sulit. Paling asas, rapikan bulu kemaluan agar pasangan anda selesa ketika bersama nanti.

Antara opsyen lain, si teruna juga boleh mencari tukang urut profesional untuk mendapatkan khidmat urutan batin.

5. Cari ilmu

Selain bahan bacaan dalam bentuk buku, bahan bacaan dalam internet juga boleh diakses secara percuma. Bagi individu yang bakal bergelar suami, mereka boleh mempersiapkan diri dengan bahan bacaan berkaitan.

Selain itu, bakal pengantin juga boleh bertanya kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang telah berkahwin untuk mempersiapkan diri mereka menjelang hari bahagia.

Mereka yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai banyak pengalaman yang boleh dikongsikan dengan bakal pengantin. Jangan malu untuk bertanya ya!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain