suria

Sekali guna servis doktor haram, gigi dan gusi mungkin tak dapat dipulihkan! Semak 3 perkara ini sebelum buat rawatan

Pelanggan mudah terpedaya kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan sebenar mengenai prosedur pergigian.

TINDAKAN segelintir individu yang mendapatkan rawatan pergigian daripada doktor tidak bertauliah boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan diri.

Menurut Dekan Fakulti Pergigian Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Profesor Seow Liang Lin, ada beberapa aspek yang perlu disemak sebelum seseorang itu mendapatkan rawatan pergigian.

Perakuan

Bagaimanakah caranya untuk memastikan doktor gigi itu sah? Semua doktor gigi perlu berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) perlu dipamerkan di klinik.

Jika tiada sijil atau ia tidak diperbaharui, anda tidak berada di klinik yang betul. Setiap klinik yang beroperasi secara sah perlu memperbaharui APC setiap tahun dan mestilah dipamerkan.

Lokasi

Anda juga perlu memerhatikan lokasi di mana khidmat pergigian ditawarkan. Premis mestilah betul-betul sebuah klinik dan bukannya gerai di tepi jalan, di bilik hotel atau di salon kecantikan.

Iklan tak masuk akal

Sentiasa berhati-hati dengan produk murah dalam talian yang menawarkan venir, pendakap gigi dan produk pemutihan gigi palsu. Jangan ambil risiko! Kegagalan berjumpa doktor gigi yang betul untuk mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kerosakan gigi dan gusi yang tidak dapat dipulihkan.

A girl show her braces teeth on story of braces/fake teeth that have decorative as diamonds and gold where it will cause cancer in long run. Cause of it, where these fake teeth/braces are made by cheap material. FAIHAN GHANI/The Star.

Terdapat doktor haram yang ‘mempelajari’ kemahiran pergigian melalui tontotan video-video di YouTube.

Doktor gigi haram dan rawatan tipu boleh merosakkan struktur sokongan gigi. Faktor kebersihan dan kurangnya penggunaan peralatan yang betul dalam situasi ini juga menjadi persoalan.

Dalam pada itu, Profesor Seow turut berkongsi mengenai kategori doktor gigi haram dan menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang diuar-uarkan.

Terdapat golongan doktor gigi haram yang membuka gerai bukan sahaja di pasar malam, tetapi di pasar-pasar pagi juga. Mereka menawarkan rawatan pergigian kepada pengunjung pasar-pasar ini yang biasanya dalam lingkungan usia pertengahan dan yang lebih berusia. Doktor-doktor palsu ini selalunya menawarkan perkhidmatan menggantikan gigi yang patah pada masa itu juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang muda pakai gigi palsu jangan segan, stres! Cuba 7 tip ini untuk kekal positif

"Satu lagi golongan beroperasi di salon-salon kecantikan. Mereka menawarkan perkhidmatan estetik seperti pemutihan gigi dan venir. Berdasarkan pemerhatian saya, pelanggan mereka terdiri daripada orang yang lebih muda yang selalu mendapatkan perkhidmatan pergigian begitu di salon-salon kecantikan.

"Walaupun prosedur-prosedur berkenaan nampak ringkas dan biasa, namun tidak sepatutnya seorang pendandan kecantikan diberikan kepercayaan untuk menjalankan prosedur pergigian. Ada juga golongan yang menguar-uarkan perkhidmatan mereka di media sosial dan mempunyai klinik sementara di bilik-bilik hotel. Kadang-kadang, mereka turut menawarkan perkhidmatan dari rumah ke rumah.

Dr Indra (in white over coat) and her assistance Winarsih attending to a patient at her clinic  in TTDI Jaya, Shah Alam, Sunday, July 19, 2020. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Setiap klinik yang beroperasi secara sah perlu memperbaharui APC setiap tahun dan mestilah dipamerkan.

"Ramai di kalangan mereka ‘mempelajari’ kemahiran pergigian melalui tontotan video-video di YouTube dan melakukan rawatan seperti memasang pendakap gigi sehinggalah ke prosedur venir," ujar Profesor Seow.

Tambah beliau, ramai pelanggan mudah terpedaya dengan perkhidmatan tidak bertauliah itu kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan sebenar mengenai prosedur yang perlu dilalui.

"Sebab utama yang membolehkan perkhidmatan pergigian penuh tipu daya ini terus-menerus ditawarkan adalah kerana kurangnya pendidikan dan kesedaran akan akibat jangka panjangnya.

"Orang ramai tertarik dengan gambar-gambar sebelum dan selepas yang menjanjikan penyelesaian yang mudah dan cepat. Mereka terperangkap dengan promosi jualan yang meyakinkan. Walau bagaimanapun, ia hanya nampak baik untuk jangka masa yang pendek tetapi kesudahannya anda menderita untuk jangka masa yang panjang," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain