suria

Orang muda pakai gigi palsu jangan segan, stres! Cuba 7 tip ini untuk kekal positif

Kebanyakan orang muda memakai gigi palsu disebabkan beberapa faktor tertentu. Gambar hiasan

"MUDA-MUDA lagi dah pakai gigi palsu!"

Ayat sedemikian biasa akan kedengaran daripada orang sekeliling saat mengetahui seseorang individu yang umurnya masih muda namun terpaksa mengenakan gigi palsu.

Mungkin ia hanya gurauan atau langsung tidak berniat untuk mengguris hati si pemakai, namun tidak dinafikan, jauh di sudut hati pasti timbul juga perasaan sedih dan rendah diri.

Usah biarkan kata-kata orang mempengaruhi mood anda! Untuk mengelakkan stres, sedih atau apa jua perasaan negatif, apa kata cuba tujuh tip ini:

1) Ingat, anda tidak keseorangan

Disebabkan kebanyakan iklan gigi palsu ditujukan kepada warga emas, ramai berasa pelik apabila mereka yang muda turut memakainya. Tapi jangan risau, anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu dalam usia remaja atau 20-an memakai gigi palsu kerana beberapa situasi tertentu seperti kongenital, penyakit, kekurangan akses kepada penjagaan pergigian, kemalangan dan sebagainya.

Dentures may even improve your smile.

Mereka yang memakai gigi palsu disarankan agar tidak berkira untuk memiliki gigi palsu yang berkualiti. Gambar hiasan

ARTIKEL BERKAITAN: Fobia ke klinik gigi? Pakar saran jumpa doktor pada waktu petang

2) Pastikan keputusan tepat

Memutuskan untuk mendapatkan gigi palsu pada usia muda adalah keputusan yang akan mempengaruhi sepanjang hayat anda. Pastikan anda membuat keputusan ini atas sebab yang betul. Sesetengah orang memilih gigi palsu kerana 'mudah' dalam aspek penjagaan gigi, tetapi ia boleh mendatangkan masalah. Sama ada gigi palsu atau gigi asli, anda perlu komited dengan penjagaan yang betul.

3) Yakin dengan keputusan

Jangan buat keputusan tanpa berfikir panjang. Jika anda masih ragu-ragu, bercakap dengan lebih ramai orang. Ini mungkin termasuk doktor gigi, kawan rapat, keluarga, kaunselor, dan sesiapa jua yang dirasakan sesuai memberi pandangan.

4) Jangan kedekut melabur

Bagi golongan muda, masalah penampilan dengan gigi palsu boleh menjadi isu besar. Gigi palsu konvensional membuatkan penampilan seseorang lebih tua. Justeru, jangan berkira untuk melabur untuk mendapatkan gigi palsu yang berkualiti dan lebih sesuai dengan usia.

GIGI 1

Buang perkara negatif mengenai pemakaian gigi palsu pada usia muda dan beri masa untuk menyesuaikan diri. Gambar hiasan.

5) Practice makes perfect

Walaupun memakai gigi palsu yang terbaik, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakannya. Beberapa hari atau minggu pertama mungkin sukar untuk bercakap dan makan. Luangkan masa untuk berlatih dengan gigi palsu anda. Berlatih bercakap dengan seseorang yang anda selesa. Jika tiada, berlatih bercakap sambil melihat cermin.

6) Beri masa pada diri

Menyesuaikan diri dengan gigi palsu memerlukan masa. Adalah perkara biasa untuk berasa sedikit stres atau murung sejurus mula memakai gigi palsu. Jika memberi masa kepada diri sediri, anda akan mendapati bahawa anda boleh melakukannya.

7) Sayangi diri

Buang ketakutan dan segala rasa negatif. Ingat, memakai gigi palsu tidak mengubah personaliti, sikap dan nilai diri anda sama sekali! - Foydentures.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain