suria

Penampilan buruk? Wanita, lelaki komen negatif tentang diri sendiri lebih 1,000 kali setahun

Sama ada wanita atau lelaki, mereka mencuba baju berulang kali sebelum memberi komen tentang diri sendiri. foto Freepik

TIADA siapa yang sempurna di dunia ini meskipun ramai yang mementingkan kesempurnaan.

Maka tidak hairanlah terdapat komen-komen negatif mengenai penampilan masing-masing termasuk fizikal mereka.

Sama ada mereka kurang berkeyakinan mengenai diri sendiri, atau terlalu memikirkan apa tanggapan orang lain terhadap diri mereka.

Dilaporkan, orang dewasa mengatakan lebih 1,000 kata-kata negatif mengenai penampilan mereka setiap tahun dengan kebanyakan komen tertumpu kepada rambut, kulit dan berat badan.

Menurut satu kajian yang dilakukan terhadap 2,000 orang, satu daripada lima warga Britain (21 peratus) merupakan pengkritik besar mereka sendiri.

penampilan buruk freepik 2

Segelintir mereka berfikir sama ada penampilan mereka membuat nampak lebih berusia. foto Freepik

Manakala yang lain mengkritik diri sendiri mengenai gigi, perut dan kaki mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar rupa, ketahui 7 tabiat penyebab keperibadian nampak tak menarik

Berikut adalah hasil tinjauan yang dilakukan oleh Tu Clothing:

1. Wanita lebih berkemungkinan daripada lelaki untuk berkata atau berfikir perkara negatif tentang diri mereka. Mereka berbuat demikian empat kali sehari atau 1,460 kali setahun, manakala lelaki akan melakukannya tiga kali sehari atau 1,095 kali setahun.

2. Orang dewasa mencuba lima pakaian sebelum merasakan diri mereka terlalu gemuk atau tua, tidak suka bahagian tangan atau kaki terdedah yang menjadi penyebab berasa tidak selesa.

3. Seorang dalam empat orang (26 peratus) menjadi lebih negatif tentang penampilan mereka apabila mereka semakin berusia.

4. Hampir satu perempat daripada orang dewasa (23 peratus) secara umumnya berdepan dengan masalah untuk mencari pakaian yang dirasakan selesa.

5. Ramai memilih warna hitam sebagai 'selamat' untuk dipakai. Ia diikuti biru dan kelabu. Hanya 19 peratus berasa selesa dengan oren, manakala 21 peratus gembira memakai kuning.

Man in blank black t-shirt isolated on white background

Memilih warna hitam sebagai 'selamat' dalam berpakaian. foto Freepik / Atlascompany

6. Tinjauan turut mendapati wanita berasa kurang yakin memakai bikini (31 peratus) dan pakaian mandi (33 peratus).

7. Bagi lelaki pula, mereka tidak mempunyai keyakinan untuk memakai seluar mandi atau swimming trunk (20 peratus) atau baju kemeja-T yang ketat (19 peratus).

8. Sebanyak 23 peratus mengakui mereka terlalu mengambil berat mengenai apa yang orang lain fikirkan tentang diri mereka.

9. Manakala 18 peratus juga takut berdepan dengan musim panas kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dipakai.

10. Sementara itu, sebanyak 28 peratus mengatakan mereka terlalu tua untuk gaya tertentu, dan perasaan itu bermula pada usia 32 tahun bagi wanita dan 38 tahun buat lelaki.

penampilan buruk freepik senivpetro

Antara mereka mengambil masa untuk membuat pilihan. foto Freepik / Senivpetro

Pengarah produk Tu Clothing, Emma Benjafield berkata, dia benar-benar tidak sabar untuk memanfaatkan musim panas ini, dan tiada masa yang lebih baik untuk menghargai tubuh masing-masing menerusi pilihan warna, corak dan rekaan.

"Kami mahu menggalakkan orang ramai daripada semua peringkat umur untuk berseronok dengan berpakaian, tidak takut memakai apa yang mereka mahu atau bimbang tentang pendapat orang lain.

"Hasilnya menunjukkan orang ramai menganggap mereka ‘terlalu tua’ untuk pakaian tertentu, tetapi kami mahu mengubah mitos ini.

"Setiap orang harus memakai apa yang mereka mahu, bagaimana mereka mahu dan bila mereka mahu. Fesyen sepatutnya menyeronokkan dan membuatkan anda selesa," katanya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir