suria

Ramai wanita dah pandai rawat, jaga kecantikan... masih mahu keluar duit manjakan diri di spa?

Mana satu pilihan anda, manjakan diri di rumah atau di spa? foto NORAFIFI EHSAN

AKTIVITI memanjakan diri merupakan masa yang dinanti-nantikan oleh kaum wanita.

Lebih-lebih lagi pada hujung minggu di mana ramai yang bercuti dan mahu berehat santai.

Ada juga yang merancang untuk menempah slot di spa dan pusat kecantikan.

Namun, tempoh 'lockdown' akibat pandemik Covid-19 sebelum ini menyebabkan ramai wanita mula belajar memanjakan diri mereka sendiri di rumah dengan kos lebih rendah. Betul ke?

Satu tinjauan terhadap 2,000 wanita berusia 18 hingga 45 tahun, mendapati seorang dalam tiga orang (34 peratus) terpaksa terlepas temu janji biasa mereka kerana 'lockdown'.

ARTIKEL BERKAITAN: Manjakan diri di rumah, cipta suasana ala spa dengan hanya 5 langkah mudah

Memetik laporan Mirror, bagaimanapun 39 peratus daripada mereka mengakui telah berputus asa dengan idea untuk kembali ke pusat rawatan kerana dianggap memalukan dan lebih murah untuk melakukannya di rumah.

spa 2 NORAFIFI EHSAN

Tawaran hebat dan pakej menarik untuk wanita kembali memanjakan diri di spa.

Dan lebih daripada satu perempat (28 peratus) mengatakan mereka lebih memilih untuk tidak menempah janji temu untuk diri sendiri bagi sesi memanjakan diri.

Menurut data OnePoll, melakukan rawatan kecantikan di rumah didorong oleh kos, dengan hampir dua pertiga (63 peratus) berbuat demikian kerana ia lebih murah.

Bagaimana pula dengan pilihan anda, dengan Malaysia kini memasuki fasa peralihan ke endemik dan semua perniagaan telah kembali beroperasi seperti sedia kala.

Anda masih memilih untuk melakukan rawatan dan penjagaan kecantikan di rumah, atau kembali ke salun, spa dan pusat kecantikan untuk memanjakan diri?

Tepuk dada tanya selera.

Apa pun, inilah masa paling sesuai untuk para peniaga dan pengusaha menawarkan pelbagai promosi hebat dan pakej menarik untuk wanita kembali memanjakan diri di premis anda!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain