suria

Bukan sekadar rupa, ketahui 7 tabiat penyebab keperibadian nampak tak menarik

Terdapat beberapa tabiat yang dilakukan membuatkan penampilan diri nampak kurang menarik.

SETIAP orang ingin kelihatan cantik dan kacak apabila berdepan dengan masyarakat. Ini kerana penampilan adalah tanggapan pertama orang yang melihat diri kita.

Pun begitu, daya tarikan itu sebenarnya tidak hanya bergantung kepada penampilan tetapi pada cara seseorang membawa diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda malu ada dagu berlapis? Cuba belajar 5 teknik solekan ini

Tanpa disedari, ada beberapa tabiat yang dilakukan ramai orang sehingga menjejaskan penampilan mereka, termasuklah;

Less Sleep

1. Kurang tidur

Menurut kajian yang dilakukan di Sweden, seseorang yang tidak tidur selama 31 jam akan kelihatan kurang menarik, kesihatan akan terganggu selain mood mudah terganggu.

Kajian itu turut menyatakan orang yang kurang tidur lebih mudah mengalami mata bengkak, lingkaran hitam di bawah mata dan kulit menjadi pucat. Ia sekaligus mencacatkan penampilan seseorang.

Stress. Woman stressed is going crazy pulling her hair in frustration. Close-up of young businesswoman on white.

2. Faktor tekanan

Menerusi kajian yang dilakukan pada 2013, lelaki kurang berminat dengan wanita yang kelihatan tertekan. Kajian itu mendapati, faktor itu disebabkan kehadiran hormon cortisol mempengaruhi bagaimana seseorang menilai penampilan dan kesihatan seseorang.

653

3. Terlalu banyak senyum

Senyum itu sedekah tetapi kajian dilakukan Universiti British Columbia mendapati, terlebih senyum boleh menjadikan seseorang itu kurang menarik. Lelaki mendapati wanita lebih menawan apabila mereka tersenyum tetapi kelihatan menjengkelkan apabila senyum berlebihan yang menampakkan diri mereka sombong.

Berlainan pula dengan wanita, mereka lebih tertarik dengan lelaki yang kelihatan ceria dan berkeyakinan tinggi.

314

4. Bahasa tubuh

Memeluk tubuh, meletakkan tangan di atas kepala atau memintal rambut boleh membuatkan seseorang kelihatan kurang menarik menurut pakar bahasa tubuh.

970

5. Bau badan

Bau badan serta penggunaan minyak wangi mampu membuatkan individu itu kelihatan menarik di mata orang lain. Dalam sebuah kajian menunjukkan bau badan yang wangi atau busuk boleh menjadi kayu pengukur tarikan seseorang terhadap orang lain dan bukan sahaja rupa paras.

Businessman making a dramatic funny face

6. Sifat humor

Kurangnya sifat humor dan sentiasa serius boleh membuatkan nilai seseorang jatuh dan membuatkan orang di sekeliling berasa tidak selesa. Rileks, jangan terlalu serius!

110

7. Pemalas

Harap wajah sahaja cantik dan kacak tetapi pemalas! Biasanya golongan ini memang tidak akan ke mana dalam hidup dan tiada daya tarikan yang membuatkan orang ingin mendekati mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain