suria

Obses nak wajah cantik dan berseri? Ambil tahu beza produk penjagaan kulit berstatus halal VS vegan

Terdapat perbezaan antara produk penjagaan kulit berstatus halal dengan vegan. Gambar hiasan

BAGI mereka yang beragama Islam, adalah dituntut untuk lebih teliti mengenai isu halal dan haram.

Bukan hanya terhad dalam soal makanan atau minuman sahaja, bahkan umat Islam turut dinasihatkan agar memilih produk kosmetik atau penjagaan kulit yang berstatus halal.

Dek kerana kesedaran yang kian meningkat, ketika ini boleh dikatakan wujud lonjakan permintaan terhadap produk penjagaan kulit yang halal sehingga sepuluh kali ganda!

POSTS new mobile size

Produk berstatus halal kini mendapat lonjakan permintaan. Gambar hiasan

Apakah maksud produk penjagaan kulit berstatus halal?

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa masih ramai pilih produk tiruan... pengasas kosmetik-penyelidik UTHM tangani isu bahan terlarang timbang kilo

Secara ringkasnya, ia boleh ditakrifkan seperti berikut:

1) Menggunakan bahan semulajadi yang berasaskan tumbuhan

2) Bebas daripada produk sampingan haiwan, alkohol dan paraben.

3) Dihasilkan menggunakan peralatan dan bahan yang menepati syariat Islam.

Ini membuatkan produk penjagaan kulit halal muncul daripada niche (segmen) dan kemudian perlahan-lahan bertukar kepada kategori arus perdana yang boleh digunakan oleh semua orang, bukan hanya 1.8 bilion umat Islam.

skincare 2

Produk vegan bebas daripada bahan berasaskan haiwan. Gambar hiasan

Apakah perbezaan antara produk penjagaan kulit halal dengan vegan?

Produk mesra vegan pula bebas daripada bahan berasaskan haiwan, manakala produk berstatus halal mungkin mengandungi bahan haiwan tetapi hanya yang dibenarkan mengikut garis panduan Islam, seperti madu.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu produk tersebut adalah berstatus vegan?

1) Semak sama ada ia tertera 'vegan' atau simbol V.

2) Semak jika ia tertera amaran bahan penyebab alergi untuk susu, telur atau hasil haiwan lain.

3) Imbas senarai kandungan bahan

4) Gunakan aplikasi pada telefon bimbit untuk membantu anda. - mvslim.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain