suria

Ahli terapi carakerja kongsi 10 tingkah laku aneh petanda si kecil ada masalah sensori

Cerewet terhadapa makanan juga salah satu petanda anak mengalami isu sensori. Gambar hiasan

PERNAHKAH anda perasan sebarang tingkah laku aneh atau tidak normal yang ditunjukkan oleh anak kecil?

Sebagai contoh, anak cenderung berjalan sambil menjinjit kaki, suka bermain bersendirian dan menangis apabila terdengar bunyi bising.

Jika anak kecil anda menunjukkan tingkah laku sedemikian, berkemungkinan besar ia adalah petanda kepada isu sensori.

Sebenarnya ada banyak lagi tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah sensori, sebagaimana perkongsian seorang ahli terapi carakerja untuk kanak-kanak di pendidikan khas, Mahfuzah Zainol.

Menurut Mahfuzah, tingkah laku seperti ini kadang kala membuatkan ibu bapa keliru sama ada ia sememangnya masalah tingkah laku atau ada kaitan dengan masalah sensori.

"Kalau ada lebih daripada lima tanda ini, maka boleh berjumpa dengan ahli terapi carakerja untuk sensory assessment," tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jangan stres! Ini 7 tip latih anak berak dan kencing sendiri di tandas... Jangan lupa simpan dulu semua karpet

Berikut adalah 10 tingkah laku pelik si kecil yang mungkin petanda mereka mempunyai isu sensori:

anak 1

Salah satu petanda anak mengalami isu sensori adalah si kecil menangis setiap kali terdengar bunyi bising. -Gambar hiasan

1. Takut atau menangis jika mendengar bunyi bising contohnya penyedut hampagas atau mesin rumput. Ia ada kaitan dengan isu auditori. Mereka rasa tidak selesa dan bunyi seperti itu sudah mencapai threshold 'kemarahan'.

2. Suka berjalan menjinjit kaki.

3. Picky eater (cerewet) iaitu hanya suka kepada satu jenis makanan atau memilih tekstur makanan tertentu sahaja. Kebiasaannya mereka mula hilang tingkah laku sebegini selepas meningkat umurnya. Namun jika masih ada terutamanya suka makanan yang lembut sahaja, perlu berjumpa doktor untuk assessment (penilaian).

4. Suka memasukkan objek ke dalam mulut walaupun sudah melewati umur dua tahun. Ada teknik oral stimulation untuk mengurangkan tabiat ini.

5. Tidak suka bermain bersama rakan di taman permainan atau majlis keramaian sebaliknya suka bermain sendiri.

6. Tidak suka sehingga meraung kepada aktiviti yang bergerak seperti naik jongkang-jongket, gelongsor, buaian dan sebagainya. Ini dinamakan isu gravitational insecurity (GI) yang juga sejenis masalah sensori.

anak 3

Perhatikan jika si kecil gemar bermain berseorangan kerana tingkah laku tersebut cenderung merupakan petanda isu sensori.

7. Terlalu suka bergerak dan memanjat serta berpusing-pusing. Ini juga merujuk kepada 'over sensitivity'

8. Memilih fabrik pakaian yang tertentu sahaja atau rimas dengan pelekat tag pada baju di belakang leher. Isu ini lebih kepada sentuhan atau taktil (tactile).

9. Seolah-olah tidak mendengar apabila bercakap dengannya dan perlu mengulangi arahan untuk sesuatu tugasan mudah. Ini isu auditory dan 'brain processing disorder'. Jika perkara begini terjadi sangat kerap atau hampir setiap masa apabila namanya dipanggil, mungkin perlu assessment lanjut.

10. Suka melihat sesuatu objek atau skrin yang ada pergerakan berulang atau pantas. Isu ini lebih kepada 'visual stimulation'. Si kecil berasa tenang apabila pandang objek bergerak yang berulang-ulang.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlu lebih teliti dengan setiap perkembangan anak-anak untuk mengenal pasti masalah lebih awal dan mencari penyelesaian dengan kadar segera kerana dibimbangi memberikan kesan buruk di kemudian hari.

Jom periksa anak-anak kita!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain