suria

Jangan jilat, guna pelembap kalau nak elakkan bibir kering ketika berpuasa

Bibir kering boleh dicegah dan mengekalkan kelembapannya tatkala berpuasa.

SEWAKTU menjalani ibadah puasa, tubuh badan kita akan berasa kering oleh kerana kekurangan air.

Kesannya akan mempengaruhi pada penampilan bibir yang kering dan pecah- pecah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada masalah kalau nak puasa tetapi pesakit diabetes perlu ikut 4 perkara ini

Jangan risau! Bibir kering boleh dicegah dan mengekalkan kelembapannya tatkala berpuasa dengan beberapa cara ini.

Bibir

1. Elakkan menjilat bibir

Menjilat bibir membuatkan kita berasa lebih selesa. Namun, ia boleh menyebabkan bibir kekeringan dari sebelumnya.

Hal ini terjadi disebabkan hilangnya minyak yang dihasilkan untuk melindungi bibir.

906937

2. Minum air secukupnya

Kekurangan air adalah salah satu punca bibir kering. Sebelum dan sewaktu bersahur cuba untuk minum air secukupnya.

Sewaktu berbuka pula, cuba untuk amalkan air sebelum menjamah makanan atau minuman bergula terlebih dahulu.

056215600_1568430932-Photo_by_Baehaki_Hariri_on_Unsplash_1

3. Hindari makanan tertentu

Makanan yang perlu dihindari sewaktu sahur dan berbuka puasa adalah makanan pedas dan masin. Dua rasa ini penyebab bibir menjadi kering.

Smoking cessation_1

4. Elakkan pengambilan kafein dan rokok

Walaupun susah untuk tinggalkan rokok dan juga kafein buat peminat kopi, cuba untuk elakkan.

Hal ini dapat mencegah bibir kering sewaktu menjalani puasa. Selain itu, dapat juga mencegah mulut berbau.

Entertaiment_Cara-Merawat-Bibir_Envato-1200x675

5. Gunakan pelembab bibir

Untuk tampil segar dan sihat sepanjang hari, cuba untuk memakai pelembap bibir sekerap mungkin. Bibir akan berasa segar, selesa dan sihat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea