suria

Tiada lagi alasan tak puasa sebab liat bangun sahur... Ini tip mudah bangun pagi

Bangun bersahur mungkin menjadi perkara sukar bagi sesetengah orang.

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan pasti ada segelintir daripada kita cukup liat bangun sahur sehingga menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak berpuasa.

Meskipun hukumnya sunah dan tidak wajib, tetapi umat Islam dianjurkan untuk bersahur kerana ia adalah persiapan penting sebelum berpuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada masalah kalau nak puasa tetapi pesakit diabetes perlu ikut 4 perkara ini

Daripada sudut kesihatan, tidak bersahur menjadikan seseorang itu kurang bertenaga dan lesu ketika berpuasa selain meningkatkan risiko dehidrasi.

Selain itu, seseorang yang cenderung untuk makan secara berlebihan ketika berbuka puasa boleh menyebabkan gangguan pencernaan seperti perut kembung dan paling membimbangkan kandungan gula dalam darah akan melonjak dengan lebih cepat.

Sebenarnya terdapat beberapa cara mudah untuk anda bangun bersahur dan tiada lagi alasan untuk tidak berpuasa.

59.-anak-tidur-awal

1. Tidur lebih awal

Sepanjang bulan Ramadan, tetapkan waktu tidur lebih awal agar mudah untuk bangun pada waktu pagi. Biasakan diri untuk tidur seawal pukul 10 selepas selesai solat Tarawih dan bangun pada pukul 4 pagi.

Apabila mendapat tidur yang cukup, seseorang akan lebih mudah bangun malah akan berasa lebih segar.

dinner-tea-yougov

2. Elak makan sebelum tidur

Makan berlebihan pada waktu malam boleh membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda akan tidak akan berselera untuk makan ketika sahur.

Biasakan diri untuk berbuka puasa dengan makanan lebih ringan. Selepas selesai solat Maghrib, baru nikmati makanan yang lebih berat. Kemudian ambil makanan ringan seperti buah-buahan selepas solat Tarawih.

5ea27d20be1a8

3. Menu sahur sihat dan menyelerakan

Sebelum tidur, apa kata siapkan bahan-bahan untuk bersahur dan pilih menu menyelerakan tetapi sihat dan bernutrisi agar dapat mengekalkan tenaga ketika berpuasa.

Ia bukan sahaja memberi tenaga ketika berpuasa malah dapat mengubah selera dan diet anda.

jogging

4. Tetap bersenam

Bersenamlah secara teratur meskipun ketika berpuasa kerana ia juga boleh membantu memperbaiki kualiti tidur. Dengan bersenam, seseorang boleh tertidur lebih cepat dan lena.

Lakukan senaman pada waktu pagi atau sebelum waktu berbuka puasa dan sebaik-baiknya hanya gerakan ringan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain